Alhamdulillah..Ramadhan datang lagi..
hari ni dah hari yg 14 dah kita berpuasa..
kejap je rasanya kan.. pada awal minggu mama demam..
batuk selsema semua ada..macam tu jugak dengan papa..
maybe sbb balik dari jalan jauh la kot..kesan jerebu agaknye
anak2 mama tiga2 puasa cuma aisy yg darjah 1 tu kdg2
berbuka awal..sampai umah kul 5.30 ptg dia dah minum air..
mama pun bagi je sbb kesian dia letih..
teringat pesan ustaz,jgn terlalu dipaksa anak kecil berpuasa..
paksa dahulu mereka utk solat..ini tak time solat tak suruh gi solat,
tapi time puasa paksa dan marah bila tak larat puasa kan..
bila puasa penuh bagi upah duit raya..tapi kalau solat takder upah
pun..kena perbetulkan ni(peringatan utk diri sendiri)
setakat ni every weekend balik kg temankan abah berbuka dan
sahur..iyerla, ini first time puasa tanpa mak..
bab pasar ramadhan..takder membeli sgt pun..seingat mama dua
kali je beli ikan keli dan sekali lagi beli kuih je..eh tapi pernah 2x
berbuka kat luar..camner tu..hehehe
mama lebih suka masak sendiri..bukan masak beria sgt pun
goreng2 je..janji kami semua kenyang..kalau beli tiap2 hari
alamat larila budget kami utk raya..sorang paling murah ns ayam rm4
kalau dah 5org dah rm20..itu sehari..tak masuk sahur kan..
kalau masak modal rm10 je sehari makan smpi sahur..
cewah mcm bagus je mama ckp psl budget ye..
okla..selamat berpuasa buat semua..mintak maaf ye salah silap
kami sekeluarga..moga ada balance lagi lebih kurang 15 hari
Ramadhan ni kita tingkatkan amal ibadah..tahun depan tak tau
lagi kita sempat ke tak kan..
..dairiku sayang..tiada yang lebih bermakna dari sebuah kenangan..kerana kenangan itulah pengalaman..paling berharga..
Jul 23, 2013
Jul 12, 2013
Kelebihan Surah Al-Kahfi
DALIL HADIS
Rasulullah saw bersabda:“Maukah aku tunjukkan padamu suatu surat yang diikuti oleh seribu malaikat ketika diturunkan, dan keagungannya memenuhi antara langit dan bumi?” Sahabat menjawab: Mau. Rasulullah saw bersabda: “Surat Ashhabul Kahfi. Barangsiapa yang membacanya pada hari Jum’at, Allah akan mengampuni dosanya sampai Jum’at berikutnya dan ditambah tiga hari, diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga dari fitnah Dajjal.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, ia akan terjaga hingga tahun berikutnya dari setiap fitnah, dan jika Dajjal keluar ia akan terjaga darinya.” Hadis ini bersumber dari Said bin Muhammad Al-Jurmi dari ayahnya dari kakeknya dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi setiap malam Jum’at, ia tak akan mati kecuali mati syahid, Allah akan membangkitkannya sebagai orang yang syahid, dan pada hari kiamat ia akan bersama orang-orang yang syahid.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi setiap malam Jum’at, ia diampuni dosanya antara Jum’at dan Jum’at berikutnya.” Hadis ini bersumber dari Ayyub bin Nuh dari Muhammad bin Abi Hamzah dari Imam Ja’far Ash-Shadiq. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang
membaca surat Al-Kahfi, ia akan terjaga selama delapan hari dari setiap
fitnah, jika Dajjal keluar dalam delapan hari Allah akan menjaganya dari
fitnah Dajjal.” Hadis ini bersumber dari Ubay bin Ka’b dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang
membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia tidak akan terkena bahaya
fitnah Dajjal, barangsiapa yang membaca seluruh ayatnya ia akan masuk
surga.” Hadis ini bersumber dari Sammarah bin Jundab dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Rasulullah saw bersabda:“Maukah aku tunjukkan padamu suatu surat yang diikuti oleh seribu malaikat ketika diturunkan, dan keagungannya memenuhi antara langit dan bumi?” Sahabat menjawab: Mau. Rasulullah saw bersabda: “Surat Ashhabul Kahfi. Barangsiapa yang membacanya pada hari Jum’at, Allah akan mengampuni dosanya sampai Jum’at berikutnya dan ditambah tiga hari, diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga dari fitnah Dajjal.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, ia akan terjaga hingga tahun berikutnya dari setiap fitnah, dan jika Dajjal keluar ia akan terjaga darinya.” Hadis ini bersumber dari Said bin Muhammad Al-Jurmi dari ayahnya dari kakeknya dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi setiap malam Jum’at, ia tak akan mati kecuali mati syahid, Allah akan membangkitkannya sebagai orang yang syahid, dan pada hari kiamat ia akan bersama orang-orang yang syahid.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi setiap malam Jum’at, ia diampuni dosanya antara Jum’at dan Jum’at berikutnya.” Hadis ini bersumber dari Ayyub bin Nuh dari Muhammad bin Abi Hamzah dari Imam Ja’far Ash-Shadiq. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Jul 9, 2013
Jalan2 Bukit Tinggi,Padang
Minggu jerebu lalu..kebetulan time tu kami bercuti ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia..tiga hari budak2 ponteng sekolah..tak baik kan..mujur cikgu mmg tak galakkan datang sekolah minggu tu sebab jerebu..ambik kesempatan pulak mama..tapi sebenarnya tiket flight beli bulan 3 aritu dah..
Percutian tak dirancang sbb sebenarnya menemankan adik ipar yang nak ke sana sbb utk beli stok kain sulam..dia ada butik online..
Kat sana kami tido 2mlm di Bkt Tinggi dan 1 mlm di PAdang.. Antara tempat yang kami lawati kat sana
makan pisang salai dan minum kopi kat tabek patah.. tempat duduk dia buat dari kayu dan ada permainan congkak menggunakan kulit siput..teringat zaman dulu2..
papa mencuba coklat telur mentah yang sedap hehehe..dicicah dengan kulit kayu manis
kat sebelah kedai pisang salai tu ada plak dipamerkan pelamin tradisi diaorang..
Tempat kedua kitaorang pergi ialah Istana Gadang kat Pagar Ruyung.. ada kena mengena dengan orang minang kat tempat kita kan..sedara la..
kat situ ada plak aktiviti untuk kanak2 berkuda..apa lagi anak2 mama ni nak naik kuda la diaorang..
kat sini tiket masuk kena bayar berapa ntah sbb papa yg bayar so mama tak ambik tau le..naik kuda pun bayar tapi murah je rm3 rasanyer utk satu pusingan
kat sini bleh jugak nak sewa pakaian tradisi diaorang..nak suruh fatin pakai tapi dia takmo..malu sbb atas kepala berat..
Kami pergi jugak ke Ngarai Sihanok melihat pemandangan perkampungan lembah yang cantik..kat situ jugak ada Lubang Japang..tapi kami tak masuk..mama takut..tak abih2 takut
pastu on the way balik dari Bukit Tinggi ke PAdang sempat singgah ambik gambar di air terjun Wisata..
anak2 bising sebab tak boleh mandi..
adik baby je ok sbb dia mmg takut air
nak balik tu kami singgah pantai Padang..ombak sangat kuat..tak boleh mandi situ bahaya..
Jun 13, 2013
Sayang
i love my family very very much!!! Ya Allah..jadikan hatiku mencintai keranaMu..jadikan kami saling mencintai keranaMu..amiinnn..
Jun 12, 2013
Suara Hati
♥ Pesanan Dari Ustaz Azhar Idrus ♥
Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak...

Jun 10, 2013
Kelebihan Syaaban
SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."
Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.
Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.
Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).
Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.
Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada
segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.
Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.
Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.
Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."
Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."
Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.
Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.
Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.
"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.
Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.
Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.
Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.
Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."
Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)
Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.
Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."
*jom kawan-kawan..rebut peluang ini..

Jun 4, 2013
Pulau Redang pulakk
Cuti sekolah datang lagi..kali ni kami gi Pulau Redang pulak..asyik pulau je kan..ramai yg pelik sbb mama ni takut air tapi asyik nak ke pulau je kan..mmg takut air tp anak2 dgn papa suka benor main air..so mama terpaksa la berani2 takut..hehehe
kitaorg tido kat chalet Redang Lagoon je..ambik pakej sekali dengan makan..snorkeling dan bot pergi blk
naik bot besar perjalanan dari jeti syahbandar lebih kurang sejam setengah..
kalau naik bot kecik..mama pengsan..huhuhu fobia tak abis
enjoy betul budak2 ni..turun laut start dr pukul 9 pagi lagi sampai ke pukul 6 ptg baru naik..tengahari naik time lunch je pastu balik mandi..abih semuanya hitam legam dah..huhuhu..
si papanye pun asyik berenang je kejar ikan..banyak betul ikan..mandi samer dgn ikan..sambil bg makan roti..ni baru kat tepi pantai redang je..kalau gi taman laut lagi best..penyu pun ada..tapi papa dgn anak2 je pergi..mama duk pantai je tunggu adik..hehehe citer mcm mama gi je kan
mama sayang adik jugaaaaa...
korang nampak tak apa mama tulis tu..huhuhu
tu diaaa..adik pun nak snorkeling jugak..sedar2 adik dah kat tengah laut..air paras2 tengkuk je dah tu..adoila..punya berani kejar ikan..bila ombak lalu..terus panik dia..meraung..
adik dah penat..takut ombak kuat n dah serik takmo gi main air lagi..
actually..kami celebrate our anniversary kami yg ke 11 kat sini.. love u abang..always
setelah tiga hari di pulau Redang..besoknya makan kenduri kat Jeli pulak..kebetulan lalu pulak kat Bukit Bunga..apa lagi..mama ajak papa singgah la..jamu mata..sini kat sempadan siam..lebih kurang ala2 Bukit Kayu Hitam la jugak..
elok le tu kalau tak bangkrup papa
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Alhamdulillah.. kami sekeluarga bersama adik mama dgn isterinya telah pun selamat pergi dan pulang dengan jayanya..cewah..memandu ke...
-
cuti sekolah baru lepas, kami bawa anak2 ke Melaka Wonderland tempat ni baru jer bukak..best jugak tempat ni..banyak permainan menarik yg t...
-
Cuti singkat, curi2 masa lepas je ambik result upsr kakak terus ke cherating..anak2 ponteng jumaat dgn isnin huhu sebenarnya lepas dah cuti...