Sep 9, 2012

Selamat Tinggal Rumah Pertamaku


Sedih pulak rasa bila nak berpindah ni... sayang kat rumah ni.. walaupun tak besar tapi sayang woo.. teringat dulu2 bukan main susah nak beli rumah ni..maklumla gaji skit..nak cari 10% tu punyala teruk..meminjam kat adik beradik..
rumah pertama kami..memang kenangan terindah..susah sama2 senang pun sama2 kan papa..dan akhirnya setelah 5 tahun,kami akan meninggalkan rumah ini.. kenangan di sini akan disimpan rapi.. terindah dlm perkahwinan kami..
 minggu terakhir kat sini..tiap2 hari nak mandi kolam..nanti dah pindah susah nak mandi free..hehehe.. ntah2 skill berenang anak2 mama pun dah hilang kalau lama tak berenang nnt kan..

Adik bertunang

 adik mama ijam dah pun menjadi tunangan org..majlis dia pada 8 syawal yg lalu di Tapah.
 inilah bapa mertua ku..hehe..ada macam muka pokcik sani korang tak..sebelah tu kakak ipar mama.. tak boleh jadi ni..kakak ipar lebih slim dari mama..serius mama dah gemuksss..
 haaa inilah tunang ijam..mama plak pose terlebih sengih.. over plak..oo yg sebelah tu adik ipar mama..wife ijat..pun dah gemukss jugak..hehehe jgn mare Neesa..jom kita sama2 menguruskan badan..

 dan oleh kerana mak masih sakit.. mama dipertanggungjawabkan utk menyarungkan cincin ke jari manis bakal adik ipar mama ni.. best rupanyer..teringat zaman mama bertunang dulu2..hehehe
 ini pula antara barang hantaran dari pihak lelaki..ijam la..tema merah putih..ada alquran digital.. hantaran ni kawan mak yg buatkan... kalau mak sihat dia la yg buat semua ni..tapi nak buat camner kan..

Aug 22, 2012

Aidilfitri 2012

Salam aidilfitri maaf zahir batin buat semua peminat blog mama..peh perasan tak hinggat..hehehe..takderla..mana mama ada peminat pun kan..huhuhu..
ni antara gambar2 kami semasa raya kali ni..tak beraya ke mana pun..duk umah mak je dan raya ketiga blk rumah mertua..cuti tak lama so takderla balik kampung papa di kedah nun


hari raya pertama dan kedua di ipoh.. start masak dari pagi..tak henti2 org datang menziarah mak..pastu raya ketiga baru sempat balik taiping..rehat je kat taiping..beraya rumah kakak ipar..

Aug 16, 2012

Cerita Akhir Ramadhan

hari ni khamis-lastday kerja sebelum cuti raya..mama cuti raya jumaat besok,17
dengan rabu lepas raya 22..dua hr tu je..tahun ni kena sacrifice..xder org
nak jaga kaunter..so,khamis n jumaat after raya kena kerja..
kebetulan papa jugak tak bleh cuti..dia terlibat dgn majlis aipm..
hai,kerja..kerja..kerja..takder kerja takder duit looo

raya tahun ni memang tak beriya langsung..beli baju pun utk anak2 ajer..
sian budak2 kan seronok sgt nak raya..kuih raya pun ala kadar je..
takder mood langsung nak membeli mcm dulu2..beli sekadar buat syarat
je la.. utk letak kat rumah mak dgn rumah mertua..

sedih plak Ramadhan dah nak pergi..hilang bnyk waktu makbulnya doa..

adli puasa ok tahun ni..iyerla,dia dah besar..darjah 3 dah pun kan..si fatin
pulak kena paksa2 puasa..dia jenis makan skit dah kenyang..so bila sahur
skit jawabnyer tak tahan la sampai maghrib..tapi mula2 asyik bebel je la..
kakak tak tahan..kakak lapar..bila dah hujung2 ni nampak dah biasa dah.
aisy plak memang tak tahan puasa..tapi dapat la jugak 5 hari puasa penuh..
hari yg lain2 tu puasa start kul 7(sbb dia sahur 6.30pg) sampai kul 5 ptg je..
smpi je rumah,terus cari air dan biskut..adoi,sian jugak kat dia..baru 6 tahun
dan dlm ramai2 anak mama ni dia jenis yg pemakan skit..takperla..pelan2 belajar.

Aug 13, 2012

Siakap Stim Asam Boi

Cara buat:
Ikan siakap bersihkan dulu dan lumur dgn garam dan asam keping..kukuskan.

sementara tu rebus air..masukkan bawah merah+putih+halia(semua hiris)..
masukkan 3 biji asam boi..masukkan pulak tomato dibelah 4,karot potong,
kobis potong,cili padi ketuk..kemudian letak sedikit garam dan sedikit gula..

ikan kukus tadi buang separuh air dia sebab takmo hanyir sgt..campurkan dgn air
rebusan tadi..kukus lagi sampai ikan masak..

dah siap..boleh mkn panas2..

Aug 2, 2012

Cerita Awal Ramadhan

Salam Ramadhan
harini hari yg ke 13 kita berpuasa.. so macamana agaknyer amalan kita
sepanjang 13 hari ini..hehehe cakap macam penceramah pulak..
mama tak layakla nak bercakap mcm ustazah..sbb mama tak pandai malah
amalan pun tak seberapa..

tapi cita2 mama dan papa utk lebih beramal ibadah dalam bulan Ramadhan
ni nmpk gayanyer berjalan lancar..Alhamdulillah akan diteruskan smpi
bila-bila insyallah..
"Ya Allah Ya Rahman,berikanlah kami petunjuk dan hidayahMu dan janganlah
Engkau palingkan kami setelah Engkau berikan kami petunjuk"

setakat 13 hari ini jugak,kami belum lagi ke pasar Ramadhan..tapi dua kali
pernah berbuka di luar..itu pun sbb tak sempat masak..
sekarang ni kan weekend ajer balik Ipoh..so masa nak berbuka di luar tu terhad..
kalau hari kerja,jalan jam..smpi rumah terus masak apa yg ada je la..
papa pun naik motor je,kalau naik kreta jawabnyer berbuka atas jln la..

petang jumaat je..lepas maghrib,minum air dgn makan kurma aje..pastu solat maghrib
dan terus balik ipoh..dlm kreta mkn burger je..hehehe
nak cepat2 smpi ipoh..jenguk mak dan abah

kesihatan mak makin merosot..dah kurus sgt..terbaring ajer..
abah dah boleh jln skit2 tapi masih tak mampu bwk motor ke kedai..
so,bulan puasa ni nak beli makanan susah la skit..
kadang2 call abah tanya berbuka apa..katanyer goreng ikan ajer..
mujur jiran2 ada yg bantu bagi makanan..
sian bila mengenangkan mak abah camtu..dua2 tak sihat..
insyallah lepas raya nak bawak mak abah duduk sekali..

dah lama dah bagitau nak bwk diaorang stay sekali..tapi diaorang keberatan..
lebih selesa di rumah sendiri katanya..lagi pun rumah mama bertangga berlift
org tua2 tak suka suasana terperuk dlm rumah cam gitu..

skang ni adik bongsu mama yg bujang tu la yg selalu ulang alik balik Ipoh..
mama ni weekend ajer balik..lagipun budak2 sekolah..

kepada semua yg membaca,tolongla doakan moga kesihatan mak abah mama
pulih seperti sediakala yer..Amin..
;)

Jul 20, 2012

Salam Ramadhan

Allah telah memilih Ramadhan sebagai bulan yang istimewa, yang namanya disebutkan dalam Al Quran.

Firman Allah :
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Oleh demikian sesiapa yang melihat anak bulan maka hendaklah ia berpuasa, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka hendaklah ia menggantikannya sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." – 185, SURAH Al Baqoroh Begitu juga halnya dengan bulan Ramadhan, Allah swt tidak akan mengatakan Ramadhan sebagai bulan istimewa jika tidak ada sesuatu di sebaliknya.

Baginda Rasulullah SAW, ketika berada di penghujung bulan Sya'ban, selalu mengatakan kepada sahabatnya :
"Telah datang padamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka sambutlah kedatangannya. Telah datang bulan siyam(bulan puasa) membawa segala keberkatan, maka alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HADITH RIWAYAT. Ath Thabrani)

Dalam sabdanya yang lain :
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Pada bulan itu, dibukakan segala pintu syurga, dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan." (HADITH RIWAYAT. An Nasai dan Al Baihaqi)

Seringkali Ramadhan dikaitkan dengan Mubarak- Ramadan al-Mubarak. Ia membawa maksud keberkatan.
Jika ditinjau makna berkat di dalam al-Quran, ia membawa erti bertambah dan berkembang.

Berkatnya bulan Ramadhan apabila kebajikan dilakukan secara berganda-ganda dan pahala pun digandakan oleh Allah.

Terdapat tiga perkara yang digandingkan dengan perkataan berkat iaitu:
- Allah itu berkat. (al-A'raf:54)
- Quran itu berkat. (al-An'am:155)
- Malam Lailatul qadar itu berkat. (al-Dukhan: 3)

Ramadhan turut dianggap sebagai bulan yang berkat kerana ia bulan difardukan puasa, diturunkan al-Quran dan terdapat malam al- Qadar.


Ya Allah, berkatilah kami di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Andai ini Ramadhan terakhir untuk kami, maka terimalah semua amalan kami dan rahmatilah kami wahai Tuhan Yang Maha Agung. Amin...