Mar 6, 2009

Salam Maulidur Rasul

Hari Maulidur Rasul - 12 Rabiul Awal 1430H
Mentaati sunnah Nabi s.a.w
Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

Mar 5, 2009

Tag dari Eza

Mengotakan janji utk Eza..sorry dik lambat reply..tapi akak nak jwb utk ketiga-tiga anakku bleh..
1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
takla..dua bulan selepas kawin terus lekat..

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
ak en na soalan..

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Anak pertama of coursela excited, masuk yg kedua ok lagi..bila yg ketiga..oh no..hehe

4. HOW OLD WERE YOU?
Anak first 25, second 26, third 27 hahaha..berderet

5. HOW DID YOU FIND OUT THAT YOU WERE PREGNANT?
Late period, cari tester..confirm..

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Hubby akak la..

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Untuk tiga2 anak akak tak kesah pun..apa2 pun takper..

8. DUE DATE?
tak ingat..tapi yg first tu cepat 3 minggu, yg kedua cepat 2 minggu tapi yg ketiga lewat 3 hari..

9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
first 17/3/2003, second 23/8/2004, third 6/3/2006 tapi yg bestnyer tiga2 pada subuh isnin..

10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
first 3.4 kg., second 2.9 kg, third 3.2 kg

11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
never

12. WHAT DID YOU CRAVE?
masa Adli nasi kerabu Kpg Baru(thanks hubby), masa fatin ikan patin temerloh(thanks lily), masa aisy takder rasanyer

13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
toothpaste.

14. WHAT WAS YOU FIRST CHILD'S SEX?
Boy, second girl, third boy..next..hehe..girl i hope

15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
merepek

16. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
tak ingat..tanyala kawan2 opis lama..akak maintain..perut jer membesar..hehe..

17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
YUP

18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
n/a.

19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
No...alhamdulillah

20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Selayang..so far alhamdulillah..semua perempuan..dan hubby bleh masuk..

21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR?
alhamdulillah, purata utk tiga2 tu dlm dua jam jer sakit kuat..pastu terus kuar..

22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
my lovely hubby

23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
hubby, nurse 1, doktor 1 kot..ntah tak berapa sedar..tanya papa

24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
alhamdulillah..normal semuanya

25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
never

26. WHAT DID YOU NAME AFTER HIM/HER?
Mohd Adli Affandi
Fatin Nafeesa
Mohd Aisy Hafiy

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
lagi 11 hari masuk 6 tahun

ok tak eza..pueh ati dok ni..

Anak2ku Ceria

Gambar ini diambil sabtu lepas di rumah mak kat Ipoh..ni aksi anak2 mama kalau tengah mood baik dan ceria..seronoknya kalau tengok depa adik beradik ok..hepi..tapi kalau tengah mood tak baik atau tengah gaduh ker..huru hara rasanya..yg besar takmo kalah..yg kecik pun nak menang jugak..haru..
tapi balik umah mak depa mmg seronok..maklumla cucu kesayangan opah..mana ader cucu lain lagi..mama sorang jer yg dah kawin pun..sekarang ni si adli lagi sebelas hari nak masuk 6 tahun, fatin plak 4 tahun 7 bulan dan si kecik aisy besok birthday dia yg ke 3 tahun..hai rasa macam kejap jer kami dah ada 3 org permata hati...alhamdulillah..

Feb 25, 2009

Menangani Stress

Patut ke buat tajuk macam ni...macamla stress bebenor ek..hehe..takderla stress sangat cuma lately..kerja kat opis ni buat kepala pusing..bukan sbb kerja terlampau byk..tapi sbb nak memikirkan penyelesaiannya tu yg skit pusing2..
so,nak dijadikan cerita..sabtu lepas, papa jemput mama balik dari kerja dlm pukul 2 petang kot..mama terus jer ajak gi tengok air..kan org kata anggota badan kita manusia ni 80% terdiri dari air..jadinya bila tengok air automatik fikiran kita akan tenang..kata orgla..so papa pun terpaksala cari tempat yg ada air..paling dekat pun bagan lalang jer la..nak gi PD tak sesuai plak..budak2 tu bukannya ada bawak baju mandi ker apa ker..just datang jemput mama balik kerja..sehelai sepinggang la..kesian jugak tengok budak2 tu teringin nak mandi..tapi apa bleh buat..baju tak bawak..hehe..pastu kul 6 kami makan..best cuma sorila tak sempat nak snap gambar menu sbb bila makanan sampai jer anak2 tu dah kecoh..tak dan la..bila dah abih mkn baru nak teringat..erm..dah licin..one thing,ramai jugak org beli ikan,ketam,udang,sotong dll yg segar2 kat situ..baru naik dari bot nelayan tu..fresh lagimasa on the way ke bagan lalang tu kan, lalula kat kampung2 orang..ader byk homestay rupanya area2 situ..sempat snap satu gambar rumah kampung ni..bestnyer..belakang rumah laut tu..macam syok jer..dan papa plak..sejak menceburkan diri dalam aktiviti memancing ni..asyik dok cari tempat memancing jer kerjanya..adoi..letih..tapi jumpa plak dia kolam memancing..tapi tula..mama ni jenis takder planning2..papa selalu bising mama jenis suka pikir dan terus go..nasib baik papa jenis ikutkan jer la..hehe..

Feb 19, 2009

Apa nak jadi

Hai entahla apa nak jadi dunia sekarang ni..jadi takut bila mengenangkan budak2 zaman sekarang..Harian Metro hari ni memaparkan berkenaan seorang budak sekolah tingkatan 4 di Cheras dibelasah kerana berebut seorang awek..pastu plak baru2 ni ma terbaca pasal bapa termuda dalam dunia ialah pelajar British yang menjadi bapa semasa berumur 13 tahun setelah berhubungan dengan awek dia yang berumur 15 tahun...adoi..ntah apa2..tapi itu la..nak salahkan budak2 ni pun..mak bapak sekarang ni pun dua kali lima jugak..gaduh laki bini senang2 jer nak campak budak kecik dalam tong sampah..pastu budak yg baru 3 tahun ditinggalkan camtu jer dengan beg plastik isi baju tu..sian dia sorang2 nangis tepi jalan..
ma pesan pada semua kita2 yg waras ni..sayangi anak2 kita..kalau boleh generasi anak2 kita ni nanti harapnya berubah jadi yg lebih baik..anak mama,anak yanz,anak sue,anak k farah,anak maria, anak eza, anak k dilla, anak semuala..kita buktikan mereka nanti bakal jadi antara yang terbaik..amin.

Feb 18, 2009

GENG Upin Ipin:5 hari kumpul 2 Juta

Geng : Pengembaraan Bermula Kaut 2 Juta Dalam Masa 5 Hari!
February 18, 2009 by
Petikan dari OH Bulan

OHBULAN! sudah dapat menjangkakan filem animasi paling hot seantero Malaysia ini akan berjaya memungut keuntungan yang tinggi hasil daripada penayangan. Hampir setiap hari penulis berada di’salah sebuah gedung membeli belah terkenal, tiket wayang filem Geng : Pengembaraan bermula selalunya sold out.

Terkilan juga dengan sikap sesetengah anak muda yang kononnya berasa tidak kool menonton filem animasi tempatan, walhal mereka masih belum lagi menonton filem ini. Penulis terpaksa menerangkan sedikit jalan cerita kepada mereka sebagai teaser, di’harapkan mereka akan tonton filem yang original, bukan yang cetak rompak.

Berbangga juga dengan hasil 3 anak muda dari Multimedia University (MMU) Cyberjaya yang menjadikan watak Upin Ipin sebagai ikon kanak-kanak, bukan mudah tahu. Dengan bermodalkan RM 4 juta serta 52 pakar animasi tempatan, mereka sukses menghasilkan filem animasi setanding dengan produksi Pixar atau Dreamworks.

Berbalik kepada soal sambutan, ada satu ketika teman sepermainan penulis telah membeli 57 tiket filem ini seawal jam 10 pagi kerana di’khuatiri akan kehabisan pada malam hari. Betul pun tekaan mereka, bilik panggung penuh sesak dengan pelbagai golongan peringkat umur, dari yang kecil hingga’lah yang tua. Rata-rata berasa kagum dengan jalan cerita serta kualiti animasi yang di’hasilkan, malah ada yang tersenyum di’sebabkan Les’Copaque bijak menyerapkan elemen ‘Malaysian Flavour‘ di’dalam filem tersebut.

Tidak perlu berpangkat professor madya untuk menghasilkan filem berkualiti, cukup’lah dengan daya kreativiti & cuba memahami kehendak penonton zaman sekarang, nescaya filem akan box-office. Kami bukan lagi boleh di’perbodohkan seperti dahulu!

Feb 16, 2009

Geng Upin Ipin

Kami dah tengok Geng memang best aa..pada mama best tul citer tu..kelakar..cuma tang adegan monster dgn snake besar tu kalau budak2 bawah 3 tahun tak berapa sesuai kot..sbb masa tengok semalam ader budak kecik nangis takut..nasib baik anak2 mama dah besar..depa suka jer..aisy plak mmg suka tengok lawan2..so semua excited la..tapi secara keseluruhannya memang BEST..ayuh semua gi tengok..kasi supportla produk Malaysia..nasihat mama sebelum gi booking dulu tiket jangan main terjah jer ke panggung..sebab masa hari mama pergi semalam..penuh..yg sebelah petang pun penuh..fully book..