Jan 3, 2013

Tahun 2013

Salam semua. Pejam celik pejam celik dan pun masuk tahun 2013 :) sekejap je rasa masa berlalu kan..
alhamdulillah.. aku bersyukur atas segalanya.. memori tahun 2012 meninggalkan pengalaman yang sukar diungkap dengan kata-kata..namun janji Tuhan itu pasti.. aku redha atas segalanya..
hidup perlu diteruskan..moga Tahun 2013 ini lebih memberi sinar bahagia

...adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA, dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA....''bersyukur pada orang yang MENYAKITI mu kerana dia yang MENABAHKAN kamu,bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia yang MEMUPUK mu BERDIKARI,bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan mu...bersyukur pada yang MENYIKSA mu kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu....

Azam saya tahun ini adalah untuk menjadi hamba Allah yg lebih baik dari sebelum ini  ;)
untuk membina sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat  :)

juga untuk menjadi isteri solehah..isteri yang disayangi :)
amin..amin 
tolong aminkan doa saya ini ya kawan2..

Dec 3, 2012

Dosa yang lebih besar dari zina

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang.

Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu,
tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam.

Apabila terdengar ucapan 'silakan masuk' dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,"

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya," jawab wanita cantik itu.
"Katakanlah, jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, "Saya... telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, "Dari penzinaan itu, saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,"
cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah
tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh.

Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan.

Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?
Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: "Mengapa engkau menolak
seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" tanya Nabi Musa kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada," jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa lagi.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina."

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula.

Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat
bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.

Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada,
yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya.

Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

'Solat Itu Tiang Agama' dan itulah yang diterapkan kepada kita sejak azali, meninggalkan solat diibaratkan meruntuhkan agamanya.

Tidakkah kita sedar berapa banyaknya waktu telah kita tinggalkan? Hari ini? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lelps? atau tahun lepas?.

Sesungguh besarnya dosa meninggalkan solat tetapi ia bukanlah tiket untuk kita menghampiri zina.

Maka penuhilah tanggungjawab ibadah solatmu sebaiknya. Buat para ibu bapa turutilah saranan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anakmu.


artikel diambil dari www.iluvislam.com

Nov 30, 2012

Bersabarlah Duhai Hati

sabarlah duhai hati..
kita org perempuan mmg kena bnyk berkorban perasaan..
macam dialog mak ain dalam adam&hawa..'perempuan ni kena pandai main peranan'..

walaupun sakit,bersabarlah..
ini baru sedikit jika dibandingkan dengan isteri2 nabi atau sahabat2 nabi kan..
moga kesabaran ini membawa keberkatan bersama..

sabar ye hati..org dah tak kisahkan kita lagi kita tak boleh nak buat apa..


Lirik Semua Isi Hatimu -
Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah

Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu

Cubalah untuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah untuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu
Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu

Cubalah tuk’ mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk’ merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu

Cubalah tuk’ mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk’ merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Cubalah tuk’ cubalah tuk’ mengerti aku
Cubalah tuk’ merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/03/ost-bunga-bunga-syurga-semua-isi-hatimu.html#ixzz2DgboKvr1

Nov 14, 2012

Tanggal 14 November 2012

Hari ni ada 2 peristiwa yang berlaku..satu, hari ni birthday adik baby yang ke 2..hepi birthday sayang.
dah 2 tahun dah kan..kejap je rasanyernya..masih teringat2 saat melahirkan adik dulu hehehe
dan yang kedua, hari ni dua abg dia Adli dan Aisy bersunat.. hehehe abg dia Adli 9thn dan Aisy 6 thn..
mula2 muka berani pastu tengok budak2 lain dah masuk, jadi sejuk kaki dan tgn diaorang.. tp bila tanya kata tak takut..hehehe berani2 takut ler tu..
 diaorang yg bersunat.. mama plak yg berdebar.. hehehe.. lebih2 plak
si Aisy.. tetap muka nakal walaupun tengah berdebar..huhu

Nov 6, 2012

Final Exam Adli

sayangggg anak mama..hehehe..sian Adli dapat keputusan periksa yg teruk..rasanya macam kena turun kelas je.. huhuhu.. takperla Adli..pengalaman jadikan pengajaran ok..masa darjah 1-3 dia kelas no 1..masuk darjah 4 ni turun kelas no 2 huhuhu

 
tapi semua ini ada hikmahnya kan.. sabar mama.. alaa baru nak masuk darjah 4 kan.. 
tapi,sebenarnya tahun ini memang tahun yg amat sibuk bagi kami sekeluarga..every weekend tak pernah duduk relax kat rumah.. kebanyakannya balik kampung la kan.. memang kelam kabut la.. mama akui memang mama tak sempat langsung nak tgk hal anak2.. hari jumaat je lepas kerja terus balik ipoh.. ahad ptg smpi rumah baru nak basuh kasut sekolah,baju sekolah.. gosok baju lagi..memang terkejar2 la.. hari kerja pulak balik kerja dah penat pastu terus masak pastu baby kecik yg tak duduk diam.. dengan papa nyer yg tak abih2 aoutstation sana sini..(hahaha masuk jugak komplen psl papa) takder masa langsung nak tgk pelajaran anak.. sori anak2 mama.. mama terabaikan korang..
mama pun dah pesan kat adli.. tu la main2 je taunyer.. main game bnyk sgt.. pastu mama cakap takper duduk kelas baru ada ramai kawan baru kan.. hehehe tapi dari raut wajah adli mama tau dia sedikit kecewa..pastu kelas baru mana nak ada kawan lagi kan..dia dah la pendiam.. tapi takperla..maybe kejadian ini membuatkan dia terpikir naperla tak jawab soalan elok2 haritu hehehe
walaumacamana pun, hal pelajaran anak2 ni mama takder la nak paksa2 sangat.. kita pun tau kan tahap kemampuan anak2..masing2 ada kelemahan dan kebaikan masing2.. macam Fatin..memang dari darjah 1 dah duduk kelas no 2 je.. tapi takperla..rezeki masing2..semua tu ketentuan Tuhan..asalkan jadi anak yg baik dan soleh sudahla..bukan senang nak dpt yg soleh dan solehah tu..tengok mamanyer je dah tau dah..gedik terlebih..huhuhu eh eh, boleh plak terkutuk diri sendiri..hehehe..insaf2..
dah dah la korang..bosan baca mama bebel yer..hehe

Nov 5, 2012

Jalan Jalan Sabah

dah lama dah plan nak gi sabah ni..booking tiket setahun yang lepas lagi..promosi Airasia la katakan.. 
pergi KK memang dah pernah tapi kali ni nak jalan2 area Ranau dan Kundasang plak la.. dulu b4 kawin dah pernah pergi tapi ni nak bwk anak2 sure lg best la kan..
tapi nak dijadikan cerita..percutian kali ni, tiga daripada kami demam..huhuhu  mula2 mama demam sehari sebelum pergi tu lagi..pastu hari pertama di KK mama masih demam diikuti adik baby dan fatin jugak..adoi..nak berjalan sakan camner nyer kalau dah melepek je tido kat hotel..huhuhu
tapi dah pergi kan so kena jugak la jalan2 nanti kesian pulak la pada yg sihat tu..terutama aisy dgn adli kan..
 hari pertama tido je sbb demam abis semuanya..hari kedua kami ke pulau..Pulau Manukan..gi kul 10 sampai kul 1 ajer.. tak boleh lama2..tak larat..hehe mmg dah pergi pulau ni dulu tapi kali ni tetap nak ke sana lagi sbb dah tau air dan ikan kat sini paling best dari yg lain2..
tapi skang pantainyer dah bnyk batu karang..dulu cantik jer pasir halus putih..
bukan main seronok anak2 mama dapat main air.. terus baik demam diaorang..huhu 
balik dari pantai diaorang dah lapar.. so kami pi cari lokan kat area jalan sulaman.. mula2 try skit jer la dulu takut tak tahan perut lagipun kami bertiga demam.. sekali dah rasa sedapla pulak.. baca kat blog orang lain kata saper yg tak tahan perut tak boleh mkn bnyk nanti muntah,tapi kami mkn ok jer Alhamdulillah..sedap sangat tau nyesal plak ambik skit jer.. jauh plak nak gi mkn lokan tu lagi.. 
pastu hari ketiga,check out je hotel kami terus bertolak ke Ranau..
on the way tu tempat pertama yang kami singgah ialah Rumah Terbalik kat area Tamparuli..sampai kul 9 pg dah bukak dah..kena bayar tiket ye..tapi dalam rumah tak boleh ambik gambar..semua benda terbalik..pening plak duk dalam rumah tu..dengan kita2 sekali rasa mcm nak terbalik sama..hehehe
pastu lalu Pekan Nabalu dan Mount Kinabalu..tak turun pun..budak2 tido..mama pun tak sedap badan takder mood nak bergambar ke apa ke..
Sampai Pekan Kundasang dah mula hujan..dah la sejuk..ada banyak jual sayur2..tapi tak beli pun..
petang tu lepas dah berenti hujan kami gi cari Poring Hot Spring pulak..panas airnya..macam kat Hotspring Sungkai jugak laa.. tapi kat sini tak bleh rebus telor..hehehe

nak citer pasal  Celyn Resort Kinabalu tempat penginapan kami kat Ranau ni..jalan nak masuk dia fuh,punya la tinggi bukit dia..jalan kecik plak tu..turun naik bukit baru sampai..
ni gmbr jalan dia..ni kira ok lagila jalan dia..atas lagi la cerun dan takder tar..tanah merah je..
tu nampak tak kat atas tu..nampak bumbung je tu la resort kami..ni gmbr time tengahari masa kami sampai tu baru lepas hujan..fuh kabus tak hinggat..
tapi masa sampai, tu dia..pemandangan apa pun tak nampak..kabus tebal..cuaca punya la sejuk..
tapi bangun keesokan paginya..tengok2 luar wah,berdepan dengan Mount Kinabalu je rupanya..nampak cantik sangat..tu dia..
ni pose kat depan lobi resort..tinggi woo nak naik..nasib baik keta sewa kami mampu panjat bukit tinggi tu..

ni masa kul 7 pagi hari ke empat..kabus kat bawah tebal sangat..bila dah around kul 10 baru nampak bawah tu ada kampung2 orang rupanyer..pergh cantik

haa ni la gambar bilik kami..dia ada dua tingkat..bilik kami yg bawah..
sebelum balik kami sempat singgah ke Sg Moroli..bermain dengan ikan kelah,keli pun ada..menakutkan bagi mama tapi budak2 sangat seronok..si kecik afif je yg tak berani..
ni ada video diaorang..menjerit2 bagi ikan makan..tapi air keruh skit la..yer la semalam kan hujan..



pastu singgah lagi kat Desa Cattle beli susu lembu..masa tu yang perisa coklat dah abih..ada yg putih je..habis jugak 2 kotak anak2 mama minum
yg best kat sini permandangan dia la..dah la jalan nak pergi tu turun naik..suka la sejuk je..saujana mata memandang..rasa nak pindah duduk sini je..damai..
tu nampak sekumpulan lembu tengah makan rumput..