Jul 15, 2008

Lagi Gambar Chilling

Ni ada lagi gambar masa kat Chilling tempoh hari..ni dari camera kawan-kawan yang lain..jom kita layaannnn...zzaaaazzz...






Jul 14, 2008

Perkelahan ICT JMM

Lokasi : Sungai Chilling Waterfall, Kuala Kubu Bahru
Tarikh : Sabtu, 12 Julai 2008

Woi! Best! memang best..perkelahan kali ini memang santai..relax..terima kasih pada semua yang hadir..semangat macam ni yang bagus untuk kita..lagipun bukan selalu kita berkumpul ramai2 dengan keluarga dan anak2..kan..
ok thanx a lot pada k.ina & family..walaupun nak gi tengok anak kat matrik, k.sham & family..hubby akak rajin tolong bakar ayam, k.ada & family..tak sempat nak cilok nasi putih akak, k.ara & family..ni orang kuat ni..kuat berendam pun iyer jugak..hehe.. en.hisyam & sons..walaupun bz n wife ader hal...adoi penat kita jaga anak dia kan ann..en.zunaidi & wife..walaupun wife ehem..ehem..shh..hehe..udin & family..bawak mak lagi next time ek..john & family..jasdy & family..anak2 korang memang happening..wellson & family..kaki bergambar..eza & family..za,ann,izwan,fadli,prince,..korang semua baik punyyaaa...tagline..

saat paling manis dan best ialah makan time..
siannyer kelaparan lepas turun dari air terjun 3 tingkat..
amboih..sampai senget periuk..hingga titisan terakhir..hehe
nak naikkan khemah yang kecik tu pun sampai 4 orang


ni specis mantis..sebijik cam ranting kayu..mula2 jatuh atas kaki hubby k.ina..lepas kena sepak dengan k.ina pastu tercampak plak kat beg sani..
inilah Empangan Selangor..luas betul..kalau runtuh empangan tu sure banjir satu selangor kot..

Jul 10, 2008

IBM Technology Update



Planning Your IT Infrastructure For Better Service Delivery
Date : 8th July 08, Tuesday
Time : 9:30 a.m. – 12:30 p.m.
Venue: Dewan Putra Perdana 2, Putrajaya Shangri-La

*tak sangka jumpa ramai kawan lama kat sini..Rin,Nora,Kak Zah JPN,Kak Zah JMM dan Lily

KAWAN KAT UITM & X-PTG
KAWAN KAT KAJICUACA
SAMA INTAKE PROGRAMMER DULU

Jul 9, 2008

Resepi Mee Kuah Kak Nab

MEE KUAH KAK NAB - diambil dari Chef Wan

Bahan Bahan

1 kg tulang rusuk (dengan sedikit isi)
300 gm daging lembu (dihiris)
air (untuk merebus)
500 gm udang segar (dikupas kulit dan direbus)
minyak (untuk menumis)
1 cawan sos tomato
1 kg ubi kentang (direbus dan dilecek)
garam dan gula secukup rasa
air rebusan kulit udang

Bahan Bahan (sampingan)

1 kg mee kuning (dicelur)
4 keping tauhu (digoreng dan dipotong)
5 biji telur (direbus dan dibelah)
5 biji cili merah (dihiris)
400 gm taugeh (dibuang ekor)
3 tangkai daun bawang } dihiris
6 tangkai daun saderi }
2 biji limau nipis

Bahan Bahan (kisar)

8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 biji cili merah

Cara Menyediakannya

1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk, tapis untuk airnya, hiris daging nipis- nipis, ambil juga daging dari tulang rusuk tadi, letak di dalam pinggan hidangan.
2. Rebus kulit udang kemudian tapis dan ambil airnya.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak, masukkan air rebusan daging, air rebusan udang, sos tomato, garam dan gula.
4. Kacau sehingga kuah mendidih dan masukkan kentang lecek.
5. Masak sehingga mendidih sekali lagi (Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.), perlahankan api dan renehkan selama 8-10 minit.
6. Sajikan kuah bersama semua bahan sampingan.


Jun 30, 2008

Kung Fu Panda

Lokasi : TGV Bukit Raja
Tarikh : Sabtu, 28 Jun 2008
Masa : 11.30 am
Movie : Kung Fu Panda

Kung Fu Panda adalah filem animasi komedi terbaru daripada pengarah John Stevenson dan Mark Osborne, yang menggunakan suara Jack Black, Jackie Chan, Angelina Jolie dan Dustin Hoffman.Mengisahkan seekor panda bercita-cita ingin menjadi guru kung fu namun ia begitu dikenali sebagai haiwan yang paling malas di China. Apabila tanah airnya diancam oleh panglima yang kejam, ia perlu memikul tanggungjawab dengan mempelajari ilmu kungfu daripada guru kung fu purba. Memang kelakar ceritanya..second time tengok wayang bagi adli...tetapi first time bagi fatin dan aisy..hajat hati nak tengok SEPI nanti tapi tak bleh aa dengan anak2..

Untie Aisy

Ni gambar untie Aisy..merangkap ibu angkat Aisy..hahaha..bleh juga merangkap bibik Aisy..keh..keh..jangan mare Ain..ni gambar masa tengahari jumaat lepas..mama ambik aisy sekejap sebab untie ain dia nak jumpa..hehe..melepas rindu kot..nasib baik si aisy tu sporting..dikelilingi awek2 cun..haiza, laily dan yati(awek ke ni hihi)

Jun 25, 2008

Cameron Highlands

Ahad lalu mama sekeluarga menunaikan permintaan Adli yg tiba2 bagitahu nak beli kaktus cameron..sebab kebetulan kami balik ipoh..jadi on the way balik Shah Alam kami naik cameron sekejap..sampai atas dalam pukul 12 tengahari...dan kami turun dalam pukul 3.30 petang..tak buat apa pun kat atas tu..cuma jalan2 beli sayur..masuk taman bunga, taman rama2..berenti di ladang teh..beli strawbery coklat, jagung mutiara yg memang sedap teramat..pastu anak2 dah letih..kami balik..dalam perjalanan balik sempat singgah pondok orang asli di tepi jalan beli madu lebah asli..
Masa turun lalu di Air Terjun Lata Iskandar, tapi kami tak singgah sebab hari mendung dan budak2 pun semua dah zzz kat tempat duduk belakang...