Sep 18, 2018

Majlis Perpisahan

setelah 18 tahun mama kerja kerajaan..setahun kerja swasta.. kini mama kena cuti tanpa gaji mengikut suami..huhuhu adoi..first time takder gaji dah ni kome oi hihihi.. takpela rezki dari Allah,
selama ni pun mama mmg lama bercita2 nak jadi suri rumah .. utk makluman, mama dari awal kerja dulu pilih kwsp.. tak ambik pencen, kononnya nak berenti kerja awal..tapi sampai sudah tak berenti jgk..maybe ini antara cara Allah nak makbul kan doa mama kot huhuhu

gambar2 di bawah ni adalah kenangan dengan kawan2 sempena majlis perpisahan.. satu group watsup satu majlis hahaha.. alhamdulillah dikelilingi kawan2 yang baik2 belaka..syukur
dua minggu sblm cuti.. Hari3 ada aktiviti mkn2..pergh gemuk


 ni dengan geng giler2..hahaha..semua unit lain2 tapi sekepala
-----------------------------





ni dengan geng2 pendaftar..tapi ada sorang tu di unit strata
Kami slalu urusan kerja sama2 tolong menolong tq sgt2
------------------------- 


 yg ni my best friend..always..dari darjah 3 kami berkawan..sempat jumpa kat umah mertua dia masa raya haji aritu
-----------------------


Geng2 echarting gombak..sanggup luangkan masa sabtu utk lepak2..tq

 mcm adik angkat dah dia ni,jumpa di majlis perkahwinan kawan aritu..menangis 
--------------------



 ni geng panjat pagar SUK hahaha slalu lari makan keluar kat kelab SUK
-----------------------




 yang ini geng2 kerani bahagian Pendaftaran
budak2 ni takut.nak ajak akk lepak..tapi bila dh jumpa..baru.tau.semua sekepala
-------------------






 ni semua kesayangan di bahagian teknologi maklumat..terharu sangat deme ni kawan macam sedara
mama is ngobakkk :(
------------------------







 ni adalah kawan2 Pendaftar di tingkat LG..masa mama baru masuk depa ni la banyak bagi tunjuk ajar hal ehwal tanah... terima kasih semua
------------------







Ni kawan2 group kump kebudayaan ptgs..gemalai tari.
 depa ni semua terkejut mula2 bila mama hntar borang nak masuk kelab tarian ni sbb depa tak sangka mama yg pemalu ni suka menari..gedik kikiki
---------------------------



atas ni pulak gambar mama dengan geng pendaftar otai2 ni.. geng kes2 polis dan mahkamah huhuhu
selalu kami bekerjasama utk jabatan cewahh

-----------------------------------------------



 yg atas ni last day kerja.. Geng2 bos besar ajak mkn2..
terharu laa depa sgt sporting dan ingat jasa kita org bwhn ni..tq2

---------------------------------------



Dapat hadiah cincin daripada pptm daerah 
tak sangka u all sayang akk

En sabri, puan nuha, puan yati pun ada join



Ini yg very happening ni adalah majlis bersama pptmd 9 daerah
sangat hepi tapi syahdu huhuhu
tulang belakang mama selama ni
moga semua sihat..jaga diri tunggu akk balik nnt
kita happy2 lagi ye

------------------------------



Ni kawan masa sekolah rendah yg sempat jumpa dan mama tempah pes ikan bakar kat dia nak bawak bekal ke Leeds

 ni pulak Btm PTGS buat baca yasin dan doa selamat
tq kpp bagi hadiah personel hihi
tq kelab buat collection dan makan2

 singgah ucap selamat kat bestfriend jap

 punch card hari terakhir berkhidmat huhuhu sedih

 ni kakak cleaner yang baik..bila mama bagitau mama nak pindah dia nangis plak sebak

 hari terakhir di lobi bangunan SUK

 ni sempat jumpa kawan sekolah,masa ni singgah jumpa maksu di teluk intan..dekat dengan umah dia so dia datang jumpa kat umah maksu

ni mak tua.. mak sedara paling tua belah abah..mama kan tumpang kasih mak sedara je..huhu
tq along..take care ye

 ni dengan keluarga maksu..take care..nanti maksu datang sana ye hihihi

---------------------------

last skali sempat jumpa icah, kat exit putra height sehari sebelum kami gi..icah nak gi kursus kat putrajaya so dia call nak peluk cium babai kejap je..sedihhh

Sep 14, 2018

Persiapan Hijrah

Dapat je kelulusan dari JPA kami pun start la cari maklumat nk sambung belajar di UK, cari tentang rumah.. sekolah.. makanan halal.. kos2 terlibat.. sekali kos medical dan visa pun dah mencecah 6 ribu sorang.. aduhai.. bertabahlah..

Oh ye..lupa nk citer yg sesiapa nk belajar oversea kena lulus TOEFL atau IELTS exam. Papa ambik IELTS sbb katanya utk UK dia nk IELTS, ada 4 exam.. reading, writing, listening dgn speaking.. setiap satu ada markah..Markah penuh setiap exam tu 9. JPA syaratkan kena dapat minima 6.5  untuk layak dapat samb belajar. Exam kena bayar dan takleh claim dgn JPA. Caj 900+. Kalau tak dpt minima 6.5, kena ambik semula sampai dapat.. kos semua kena tanggung sendiri.. hahaha

Satu lg utk belajar di UK, kena ada Academic Technology Approval Scheme (ATAS) utk sesetengah kursus. Macam kebenaran untuk buat research topik khusus. Permohonan nk dpt ATAS tu 20 hari bekerja. kos percuma.

1. Passport
Ok, first thing papa buat adalah renew passport dia dulu dkt Putrajaya... sbb kena info yg terkini masa mohon ATAS(no passport) kena isi dlm permohonan ATAS tu.. mama dgn anak2 renew kendian dkt shah alam.. kos dewasa atas 13 tahun.. Rm200.. 12 tahun ke bawah.. Rm100.. utk 5 tahun.. 2018 sampai 2023.. total renew passport.. RM 1100.. tapi boleh claim rm700 je utk papa,mama dgn 3 anak bawah 12 tahun.

2. TB Test
Second, kami pi buat TB test.. syarat untuk mohon visa kena disahkan kami ni tiada penyakit TB. ni pun tak boleh claim dgn JPA.. kena tanggung sendiri.. kos utk 12 tahun ke atas rm240, kanak2  rm190.. kanak2 takde xray.. buat dekat LifeCare Diagnostic Bangsar South mmg ada tmpt khas utk ambik tb test utk UK.. siap 1 hari je.. staff2 dia semua speaking.. sian mama

3. Visa
Kemudian papa apply visa online, masa apply visa tu kita kena bayar immigration health surcharge or IHS lebih kurang 4k sorang utk 4thn.. ini utk kemudahan perubatan kat sana dan kita boleh claim blk dgn JPA.. tapi kes kami.. Adli dgn Fatin xbleh claim huhu.. visa mohon tier 4 student utk papa.. utk mama tier 4 partner.. anak2 plak tier 4 dependant visa kena bayar 2k sorang pulak..boleh claim jugak cuma mcm td adli fatin xbleh.. pastu buat appoiment utk submit semua dokumen visa di Wisma MCA Jln Ampang KL.



Nnt dia akan check semua dokumen kita.. pastu ambik jap jari.. 10 jari tau kemudian ambik gambar kat situ.. so xyh ambik gmbr kat kedai pun.. ambik kt situ je..

4. Medical Checkup
Pastu last skali kami kena buat medical checkup.. Kami buat di Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya.. tapi situ xbleh main redah je kena buat appoiment dulu.. lagi satu kat situ utk ujian darah dgn drug tak cover plak, so kami gi buat kat klinik mediveron je utk darah dan drug tu.. kos mama rm155 , papa rm135.. Mama mahai skit sbb ada pregnancy test.



Dah settle semua keperluan..visa kami siap dlm masa 2minggu then baru boleh submit
Ke JPA utk urusan kontrak dan tiket flight.. Alhamdulillah


mama share anggaran budget ni dengan niat utk keperluan org lain yg memerlukan maklumat macam mama.. sebab mama cari maklumat macam ni tak jumpa di internet.. ini penting untuk perancangan kumpul duit sbb kena dulukan duit kita .. kalau kaya takper.. mcm kami ni jenuh nak cari duit hahaha..ingat dapat HLP senang je, rupanya ada jugak kos2 yg perlu kita support..terutama kes kami yg ramai anak ni hihihi tapi alhamdulillah banyak yg boleh claim..