Jun 21, 2018

Aidilfitri


corat coret hari raya hihihi
macam biasa selalunya hari raya pertama mama sekeluarga akan beraya di Ipoh dulu sebab dua adik akan beraya di rumah mertua masing2..

menu raya pun macam biasa rendang, lemang, kuah kacang, kuah lodeh huhuhu tahun ni takder laksa.. malas nak buat huhu


atas ni gambar semua 18 orang cucu belah tok wan.. ramai dah kan.. papa 5 adik beradik so meriah sangat..best..tapi mak mertua dah takder..rindu lemang kukus mak
ni pulak gambar ipar duai..ada sorang takder dlm gambar ni
lepas tu kami akan beraya kat rumah mak sedara..yg ni kat rumah adik mak yang kami panggil opah jah.. sini la slalunya jadi port kami hihihi
ini pulak kat kampung gajah umah adik abah yang kami panggil cho
terima kasih selalu layan kami beraya..moga murah rezki cho sekeluarga
my abah...sayang abah..rindu emak


Ramadhan 1439

bulan Ramadhan kali ini memberi seribu kenangan manis..alhamdulillah atas rahmatNya..moga kita semua dapat lagi bertemu Ramadhan akan datang amiinn

bulan ni kami every weekend balik Ipoh.. menemani abah bersahur dan berbuka..
ijam dengan adik pun ada balik.. so kami berbuka sama2 alhamdulillah bestnyer ramai2

Pilihanraya 2018

ni sajer nak simpan kenangan bersama Ustaz Dasuki.. dia jadi calon PAS aritu..tapi kalah
takperla.. menang kalah pun.. kami suka dengar ceramah dia.
Parti mana2 pun yang memerintah asalkan buat elok2 sudah..jaga negara dan rakyat baik2 amiinn

Hari Ibu


setiap tahun, mama tak pernah ingatkan anak2 ni pasal hari ibu..sebab rasa malas nak susahkan depa.
tapi hari tu adli ingatkan adik2 nya pasal sambutan hari ibu ni..terima kasih adli.
mug tu hadiah dari adli manakala senduk kaca tu hadiah daripada aisy..katanya mama selalu masak sedap utk dia hihihi budak ni suka makan..
kakak takder, sebab duitnya abih beli baju dan makeup hahaha
meema plak balik je dari taska terus berlari nak tunjuk kad ucapan hari ibu yang dibuatnya bersama teacher di taska.. si adik pun buat kad jugak utk mama sbb dia takder dapat simpan pun duit belanja sekolah..hari2 bagi abih je hihihi..kenangan ragam anak2 kita kan

Layan Avengers


Dah lama tak pergi tengok wayang dengan budak2 ni.. kami semua suka layan Avangers 
so bila dah keluar yang baru ni kami pakat pi tengok la apa lagi kan.. antara aktiviti keluarga, 
anak2 pun dah besar2 belaka.. tak lama nanti depa nak kluar dengan kawan2 je dah.. so manfaatkanlah masa bersama selagi boleh huhuhu

Cuti Hari Pekerja

Cuti hari pekerja yang lalu, sesi reunion dengan x bos Puan Jumaiyah..juga berkesempatan berjumpa dengan kawan-kawan lama.. Nuha, Yatie dan Maria
kami buat port luck meriah tapi tak banyak gambar sebab semua orang nak bercerita hihihi