Mar 31, 2016

10 jenis makanan perlu elak simpan di peti sejuk


Berikut merupakan 10 jenis makanan yang anda kena elak untuk simpan dalam peti sejuk

1. Ubi Kentang

Ubi kentang akan merasa “gembira” jika anda menyimpan ia di tempat yang kering, dan gelap…. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menukar kanji dalam kentang kepada gula, dan ini akan mengakibatkan satu rasa yang kurang enak pada kentang….
Alamak, mama kadang2 simpan jugak dlm peti ais kentang ni..letak kat bawah tmpt sayur..kdg2 smpi tumbuh akar sbb tak guna hahaha

2. Tomato

Simpan sahaja tomato di luar peti sejuk di tempat yang kering…. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan tomato kehilangan kesegaran dengan lebih cepat…tak pernah langsung simpan kat luar,ingatkan tomato perlu tempat sejuk..smpi lembik jugak la kadang2 sbb buah ni mama je makan..deme tak gemor

3. Madu

Simpan madu di dalam suhu bilik dan jauhkan dari matahari….Menyimpan di dalam peti ais akan menyebabkan madu berbuah bentuk seakan kristal dan mengeras….
Alaaaa..kalau letak luar nnt semut n budak2 curi makan hihihi..madu sidr sedap woo..

4. Tembikai

Menyimpan tembikai di dalam peti sejuk akan mengakibatkan ia kehilangan pengantioksida. Biarkan ia di luar untuk mengelakkan ia kehilangan nutrien yang sepatutnya kita ambil….
Jarang beli kecuali bulan posa..tapi kat umah abah slalu abah letak dlm peti smpi kering airnya huhu

5. Bawang

Ramai yang tersilap bahagian ini.Menyimpan bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan makanan lain di dalam peti sejuk terkena bau dari bawang. Simpan sahaja bawang di dalam almari makanan….
Memang dah letak kat luar,sbb dah lama tau..cewah

6. Roti

Ya, ramai yang lakukan ini. Anda menyimpannya di dalam peti sejuk kerana menyangka ianya dapat menghalang pembentukan kulat. Ya, memang ianya menghalang, tetapi ianya akan menjadi sedikit keras dan kering…. Ya, boleh menyimpannya, tetapi masukkan di dalam bekas khas kontena dan jangan biarkan ia terbuka….Tak pernah buat.

7. Kopi

Ianya akan menyebarkan bau kepada makanan yang berada dalam peti sejuk. Maka, biarkan ia di dalam suhu bilik bagi mengekalkan kesegarannya….Tak minum kopi

8. Bawang putih

Simpan bawang putih di dalam tempat yang gelap, kering an masukkan di dalam beg kertas. Ia akan terus kekal segar. Menyimpan di dalam peti sejuk menggalakkan pertumbuhan kulat pada bawang putih….
Pun letak kat luar..ada tempat khas sebelah bawang merah hihi

9. Sos

Semua sos boleh kekal segar dengan hanya meyimpannya di dalam suhu bilik dalam keadaan kering….ye mama letak dalam tall unit je

10. Tumbuhan herba

Menyimpan tumbuhan herba di dalam peti ais akan menyebabkan ianya hilang kesegaran dengan lebih cepat. Simpan tumbuhan herba dalam bentuk jambangan bunga, dan letakkan dan biarkan separuh dari herba itu di dalam air…. Biarkan sahaja di dalam suhu bilik….
tak pernah buat lagi..

Moga selepas ini, mama tidak lagi membuat kesilapan menyimpan makanan yang tidak sepatutnya di dalam peti sejuk.

Mar 24, 2016

Ikan Bakar Istana

apsal asyik entry bab makan je ni hahaha
semenjak mama dah tembam ni..hobi dah bertukar dari jalan2 ke makan2
abihla camner ni hihihi layanz
 tengok tu papa noti tau ambik gambar pipi penuh mengunyah..siap boleh pegang meema sebelah pun masih bleh lagi makan dengan berseleranya hahaha..
 sebenarnya mama teringin gi mkn ikan bakar kat sini semenjak masa mula2 masuk kerja lagi..belum kawin lagi tau..sekitar tahun 2000..masa tu asyik dengar cerita orang, tapi tak pernah pulak la nk try pergi..
tetiba bila mood makan menjadi jadi skang ni..dlm fikiran asyik pikir nak makan apa..nak makan kat mana..so terus teringat tempat ni..seperti biasa papa pun google jalan,sbb tak pernah pergi kat area situ

masa gi tu sabtu..ada tiga kedai bukak..ikut selera mata dan hati, kami pilih yg kanan sekali apa ntah namanya..seri melaka kot.. terliur dengan sotong besar yang dibakar nmpak sedap..dan alhamdulillah tidak mengecewakan..paling best sambal air asam dia terbaik kot..sedap sgt2.
kami ambik ikan pari,ikan terubuk,sotong dengan kerang
harga dia okla..around 70 termasuk air dan sayur nasi
sekian..bleh gi lagi :)
gambar ni google  zuldean08.blogspot.com

Mar 19, 2016

Mee Udang Ketam Sempoi Diraja

masa balik ipoh minggu lepas time cuti sekolah,adik mama ijam ajak pergi menerai mee udang ketam kat tambun..dia pun first time nak pegi try bila ternampak kat FB...Mee Udang Ketam Sempoiii Diraja

 
tengok menu minuman dia macam macam ada..nama minuman dia pulak, diambik dari tajuk drama..tengoklah tu, suamiku encik sotong pun ada.


ni pulak sebahagian drpd menu makanan yg ada..lepas dah order kita kena gi pilih sendiri udang dan ketam yg kita nak..pastu timbang
  
rasa dia..sedaaap..mee udang lagi sedap dari mee ketam kot..tapi mee ketam idak le tak sedap..sedap le jugak hihi

kitaorang ambik 3 ekor udang je untuk sepinggan sorang...kalau kome nak banyak ambik la banyak.
kami sefamily termasuk abah ..mynn..ijam..adik je takder next time ye dik hihi
 
tu diaa adik nak tangkap ketam katanya.. rupanya kedai ni pernah masuk slot jalan2 cari makan tv3

Mar 17, 2016

Hepi Birthday Adli n Aisy

 
Selamat panjang umur anak mama Abang Adli n Achik Aisy.. semoga menjadi anak soleh.. bahagia dunia n akhirat.. mama papa sayang kamu berdua.. cuma kadang2 mama marah skit sbb kome nakal hihihi..si adik afif pun sebok nk bgmbr sama..dia tanya naper bday dia tak sama hihi

Mar 16, 2016

Tengok Wayang

kami suka tengok wayang..hari-hari kami tgk wayang..hihi idak le..gurau je..
bila ada citer yg best untuk budak2 baru le kami pi tgk, dh jadi antara salah satu aktiviti keluarga
ikutkan zaman belum kawin mama tak pernah gi tgk wayang ni..tak reti..
oh ada sekali pergi tengok citer apa ntah erra fazira n awie berlakon..itupun ikut maksu huhuhu
mula2 pi tengok citer boboiboy.. kami tak pernah pun layan citer ni kat tv..tp anak2 punya pasal kami pergi je la..tapi okla..lawak hihihi.. ni second time bawak meema..mujur dia ok takder meragam..cuma jenuh nak tutup telinga dia..bising kan..tapi dia elok je tido..

 selang seminggu pastu, kami gi tengok Kungfu Panda pulak..haaa yg ni mmg tiap2 kali keluar siri baru kami mesti gi tgk..dah jatuh cinta dari first lagi..
best jugak citer siri kali ni tapi sbb jln cerita lebih kurang sama so dah dpt agak ending dia..

Mar 11, 2016

Simply Western Pandan Jaya

malam bila ntah..dah makan nasi awal..kul 6 ptg dah mkn nasi dgn anak2..jadinya bila dah malam perut mama ni lapo le balik..almaklumla..sejak badan dah berubah saiz ni hahaha
papa tanya nak makan apa..sekali anak2 jawab nak makan ultimate cheese fries yg macam dlm tv tu

oleh kerana papa sangat memahami ragam perut bini dan anak2 nya hihihi maka dia bawak kami pi cari malam tu jgk nun di pandan jaya..pergh pandan dengan jenjarom ingat dekat huhu..
tak jauh mana pun..lebih kurang 40minit sampai la ke Simply Western..tu diaaaa
 

kami makan carbonara, oglio, bolognese dan ucf.. anak2 bagi 5bintang.. sedap le jugak bagi mama dan yg penting murah untuk budget kami yg ramai ni.. sekian



Mar 4, 2016

Tangani Stress dan Tekanan

Saya seorang anak perempuan tunggal dan kini hanya ada abah,mak dah meninggal..
Suami saya anak lelaki pertama dan abahnya aka bapa mertua saya pun berseorangan..mak mertua juga dah meninggal..
Saya juga seorang isteri dan ibu kepada 5 org cahaya mata..yg first 13 tahun dan yang
paling kecik 7bulan..

kenapa saya bagitau.. huhuhu
sebab saya yakin, ramai diluar sana yg macam saya..adakalanya stress dgn hari2 yg memenatkan
jom kita baca artikel kat link ni..bagus
http://mauceriasokmo.blogspot.my/2014/06/21-cara-mengawal-tekanan-perasaan-dan.html

ingatan untuk diri sendiri..semoga mama terus positif dengan hari2 yang mendatang
terus tabah menjaga n mendidik anak2..menjaga hati luaran dan dalam suami hihi
manfaatkan sebaiknya..bekalan ke syurga..insyaAllah

dan untuk suamiku..teruskan sokongan abg pada honey
doakan agar kita berjaya mengharungi dugaan didunia utk syurga bersama..aamminn