Sep 30, 2014

The Greatest Wife Award

tak sangka dapat award hehehe.. macam grammy award pulak..TQ Allah

i love my 'new' family

Melakukan kesilapan
bukan satu kesilapan..
tetapi mengulangi kesilapan yang sama
itulah kesilapan sebenar.

Allah pun memaafkan kesilapan insan,
mengapa kita tidak sudi memaafkan?

Allah pun cinta kepada
orang yang membetulkan kesilapannya,
kenapa kita terus membencinya?

Maafkan dirimu,
dengan memberi peluang
untuk diri sendiri
membetulkan kesilapan

Maafkan orang lain,
dengan menerima hakikat,
kesilapan adalah fitrah seorang insan ;)

*alhamdulillah.. 

Sep 26, 2014

Zulhijjah


Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya). Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Sep 21, 2014

Hari Malaysia di Philea Resort Ayer Keroh

cuti tiga hari dua malam kat sini.. ayer keroh dekat je..dari tol bsp ke tol ayer keroh lebih kurang sejam 20minit..kalau jalan clear la kan.. alhamdulillah


 




buat apa je kat sini..rehat je..mandi manda..makan2 jalan2 melaka..lepak2..huhuhu
syoknyer saat bersama keluarga..
alhamdulillah

sebab dah berkali2 ke melaka..semua tempat dah pergi, tmn buaya dah, wonderland dah, tmn rama2 dah..extreme park dah.. so kali ni kami duk je kat resort..
tapi time nak balik tu pusing2 jgk la bandar sejarah ni



Sep 13, 2014

Aidilfitri 2014 1435H

baru berkesempatan nak update citer raya..raya dah lama habis dah pun..tiap2 minggu ada je hal..kenduri la open housela.. start minggu raya tu sampai la hari ni baru free..itupun sebab cik abang dah start kelas..kalau tak berjalan ajer hujung minggu ni raya pertama di ipoh.. tema purple hijo epal..hentam je la sbb last minit mama sarung baju thn lepas je huhu

 
hari raya tak cuti lama pun.. sebab takder orang jaga opis..mama terpaksa kerja huhuhu sedih jugak la sbb sian abah beraya kejap sangat..cuti dua hari je..rabu dah kerja balik
ni kenduri sepupu belah abah bertunang di penang ..dia buat kat hotel.. zaman sekarang bertunang pun kat hotel kau.. kiter2 dulu bertunang simple2 je.. zaman dah berubah hahaha
ni kat kuala kangsar balik dari kenduri bertunang sepupu di penang kami singgah sini sbb nak makan laksa kuala, feberet anak2 mama
dah besar rupanya anak2ku..
ni raya kedua kat umah kakak ipar

ni gambar masa raya.. opis buat makan2




 ni kawan sekolah datang beraya kat rumah
 ni pulak makcik yang dulu2 jaga anak2 mama masa kecik datang rumah..skang makcik dah duduk kat felda lurah bilut kat pahang

 ni plak yang gambar merah hitam ni semua masa dinner kat bukit merah laketown.. mama join pejabat punya familyday


 pastu minggu last raya mama buat kenduri sikit kat umah mama..kenduri kecik2 je dengan tahlil mak mama dan mak papa..pastu buat birthday fatin sekali

 

gambar last ni masa kenduri sepupu kawin kat felda jengka 19..
haa banyak sangat aktiviti setiap weekend kitaorang ni..
tapi sekarang dah kembali normal huhuhu papa dah masuk kelas balik..