Jan 29, 2013

Bercuti di Grand Lexis PD


Cuti Maulidur Rasul dan Taipusam hari tu, kami ambil kesempatan untuk cuti2 malaysia..dekat je gi PD bawak anak2 berronok-ronok.. terapi membahagiakan hati dan minda.. huhuhu

lihatlah gelagat si papa bergurau senda dengan anak2nya.. bukan takat gurau senda..juga sebagai kaki menyakat..huhuhu


utk saper2 yg nak gi sini silalah baca blog orang ni..dia punya review tentang grand lexis ni best http://mamatisya.blogspot.com/2012/05/info-vacation-grand-lexis.html

Jan 21, 2013

Aku Yang Tersakiti - Judika

layan lagu best..hehehe

Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia

Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri

Kau pergi tinggalkan ku

Tak pernahkah kau sedari
Aku lah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janji mu yang telah kau ingkari

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cinta ku
Aku pun ingin bahagia
Walau tak bersama dia

Oooooooo ..

Memang tak kan mudah
Bagi ku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sedari
Aku lah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janji mu yang telah kau ingkari

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cinta ku
Aku pun ingin bahagia
Walau tak bersama dia ....

Jan 18, 2013

Yakinlah

sometimes ALLAH S.W.T takes everything from you
so that you may turn to HIM
and sometimes ALLAH may places certain people who let you down in your life
to teach you that you should never depend on anyone but HIM

ALLAH will never leave you EMPTY
HE will replace everything you LOST
if HE asks you to put something DOWN
HE want you to pick up something GREATER

" and HE is with you wherever you are [57:4] "

Belajar menerima hakikat:
" everything happen for a reason. Allah knows best [2:216] "

"Kita merancang, Allah merancang. Allah sebaik-baik perancang [Ali Imran : 54] "

Jan 17, 2013

Kisah santai tapi berilmu

Disalin daripada Majalah al-Ustaz

Empat Biji Telor

Seorang pengemis datang ke rumah Jaafar bin al-KHattab. Ia meminta sedekah utk menjadi makanannya pada hari itu. Jaafar berkata kepada isterinya :
"Wahai isteriku,adakah sesuatu yang boleh kita berikan kepada pengemis ini?"
"Kita hanya memiliki empat biji telor."
"Berikan semua telor itu kepadanya!"
Isteri solehah itu menuruti perintah suaminya. Tidak lama setelah pengemis itu beredar,datang seorang tamu ke rumah Jaafar dan memberikan sebuah bingkisan kepada isteri Jaafar. Jaafar bertanyakan tentang bingkisan tersebut kepada isterinya
"Bingkisan ini berisi telor."
"Berapa banyak telornya?"
"30 biji."
Jaafar seolah tidak percaya. Ia berkata "Kita memberikan 4 biji telor kepada pengemis miskin tadi,
mana mungkin balasannya 30 biji telor? Seharusnya 40 biji. Sepuluh butir lagi mesti pecah di tengah jalan!"
Akhirnya isterinya mengaku bahawa salah satu telor yang diberikan kepada pengemis itu memang telah pecah. Jadi mereka sebenarnya hanya memberi tiga biji telor sahaja.

Kisah ini diceritakan dalam kitab Irsyad al-Ibad karya Syeikh Zainuddin al-Malyabari.

Pengajaran:
Janji Allah pasti terlaksana bagi sesiapa yang meyakininya. Allah berjanji utk menggandakan
sedekah yang diberikan menjadi 10 kali ganda. Belum lagi balasan yang Allah berikan di akhirat nanti.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Balasan Mencuit Bahu Isteri Orang

Di Kota Baghdad suatu ketika dahulu,terdapat seorang wanita yg sangat solehah. Beliau rajin beribadah dan selalu muhasabah diri. Suatu ketika semasa beliau sedang berjalan,seorang lelaki mencuit bahunya. Beliau segera kembali ke rumah untuk bertanya kepada suaminya
"Demi Allah,jawablah dengan jujur soalanku ini. Dosa apakah yang engkau lakukan pada hari ini?"
"Aku mencuit bahu seorang perempuan."kata suaminya.
"Itu sebabnya hari ini seorang lelaki mencuit bahuku"
"Bagaimana engkau tahu perkara ini?"
"Aku selalu menjaga pandangan Allah dan menjaga diriku dari dosa. Maka apabila suatu musibah menimpa
akan diriku,aku yakin itu disebabkan suamiku yg tidak menjaga dirinya daripada dosa".

Kisah ini diceritakan Ibn al-Jauzi dalam kitab Ahkam al-Nisa

Pengajaran:
Balasan Allah setimpal dengan dosa yang dilakukan. Jauhkan dosa dan maksiat agar keluarga damai dan harmoni.

Jan 8, 2013

Kursus campur jalan

 ni pun citer lama..tahun 2012..tahun 2013 takder jalan2 dah kot..keadaan dah berubah..hehehe

hari tu balik je dari HCM terus gi Penang..ada kursus 3 hari.. mama pun ambik kesempatan bawak anak2 sekali semua gi kursus tu.. kebetulan pulak mak mertua ada rawatan kat hospital Penang..so,bleh la hubby i jenguk mak dia kan..

sempat gi Taman Rama-rama je pastu singgah Pantai ferringhi masa nak balik.. takder la gi banyak tmpt sgt sbb banyak masa join kursus dengan kat hospital ajer..

Jan 7, 2013

Jalan2 Ho Chi Minh

ini cerita lama.. cerita cuti sekolah lalu..kami pergi pada 16/12/2012-19/12/2012
sajer je nak tgk mcm mana HCM ni sbb ramai citer syok giler shopping sini kan..
lagi pun tiket beli 6 bulan yg lepas masa tu ada promosi..
so mmg betulla syurga membeli belah utk org pompuan..lelaki..tahan sabar jer la..hehehe
sampai je hotel terus turun gi shopping..excited giler..tapi tak beli apa2 pun..servey dulu tau.
malamnya gi tgk kat pasar malam dia dulu,dah tau lebih kurang harga barang macam mana baru bleh membeli keesokkan harinya..
tapi dah sebab bawak budak2 so diaorang pun bosan la kan kalau mamanya ajer yg seronok2..jadi kami jalan2 jugak la kat area2 HCM City ni..naik teksi..antara tempat yg kami pergi Pejabat Pos dia..
diaorang cakap bangunannya cantik..bagi aku cantik le jugak,bangunan lama..kat tempat kita pun bnyk bangunan2 cantik jugak..tapi takperla..layan je.. sbb budak2 dah bosan duk dlm bilik
pastu bawak gi muzim perang plak.. ada tunjuk senjata,kenderaan masa perang..gambar2..dll lagi.. patut kat malaysia buat macam ni la..biar budak2 tahu macam mana susah zaman kena jajah dulu.... ini tak patriotik langsung budak2 sekarang kan..tak tau susah..
si adik baby pun macam tau je benda tu guna utk apa..macam nak tembak dah tu..
sempat jugak singgah HRC.. adli berani pakai tshirt tak ori beli kat pasar malam sebelum tu.. hehehe

ni kat kedai2 masa kami pusing2 tengok gelagat motor yg giler punya banyak.. banyak jual helmet pelbagai fesyen ada..cantik..
ni plak gambar adik masa makan kat apa ek nama restoran halal tu..lupa plak..ha Restoran Vietnam Delight

ini pemandangan di pasar malam..tengah tengok nak beli tshirt gambar vietnamese coffee ..papa beli sbb terpesona dgn kesedapan coffee sana..
 ni antara kain cotton dan telekung yg mama beli..tak bnyk mana pun..beg tak muat..
oh lupa nak bagitau..kami stay kat An Tam Hotel..5 minit je dari Benh Tanh Market tu..
mama dan papa beli barang pastu naik hotel balik simpan barang..pastu pergi balik..anak2 duk bilik je main game..hehehe..papa sempat tempah baju suit sepasang rm220 je..siap sehari je
tempat makan halal plak senang..depan hotel kami tu ada 3 buah restoran halal..

Jan 3, 2013

Tahun 2013

Salam semua. Pejam celik pejam celik dan pun masuk tahun 2013 :) sekejap je rasa masa berlalu kan..
alhamdulillah.. aku bersyukur atas segalanya.. memori tahun 2012 meninggalkan pengalaman yang sukar diungkap dengan kata-kata..namun janji Tuhan itu pasti.. aku redha atas segalanya..
hidup perlu diteruskan..moga Tahun 2013 ini lebih memberi sinar bahagia

...adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA, dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA....''bersyukur pada orang yang MENYAKITI mu kerana dia yang MENABAHKAN kamu,bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia yang MEMUPUK mu BERDIKARI,bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan mu...bersyukur pada yang MENYIKSA mu kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu....

Azam saya tahun ini adalah untuk menjadi hamba Allah yg lebih baik dari sebelum ini  ;)
untuk membina sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat  :)

juga untuk menjadi isteri solehah..isteri yang disayangi :)
amin..amin 
tolong aminkan doa saya ini ya kawan2..