Jan 30, 2012

Jalan2 di Bukit Cerakah

masa cuti raya cina aritu,kami tak gi jalan mana2 pun..serik dah 2 tahun lepas ke tioman time cuti camni sesak giler.. tak syok jalan time cuti camtu..bersesak dengan orang..masa banyak terbuang dengan menunggu ajer..
paginyer kami gi tengok wayang citer Journey 2: The Mysterious Island ..terhibur la budak2 tu tgk citer cam gitu.. pastu lepas abih tgk citer kami singgah kat Taman Pertanian Bukit Cahaya,Shah Alam..dulu nama nya bukit cerakah..
tengokla gelagat budak 2 org ni..macam kg sendiri dibuatnya..cuaca plak redup ajer..
best jalan2 sini..redup ajer dalam hutan rimba..sesuai la utk anak2 kami yang takder kg ni..sini ada taman haiwan dan burung..ada rumah iklam..
tiket masuk murah ajer..RM3..so kalau dah takder mana nak gi tu bleh la masuk sini..ada bas bawak kita keliling taman..ada tempat mancing..ada jugak taman rempah ratus..
kat dlm rumah salji sejuk giler..tapi tak best sebab tak bleh main salji..nantila kalau ada rezki kita gi main salji betul2 yer anak2..

Jan 28, 2012

Afif kena jangkitan virus-Croup

Croup is characterized by a "barking" cough, stridor, hoarseness, and difficult breathing which usually worsens at night.
Croup is a condition that causes an inflammation of the upper airways — the voice box (larynx) and windpipe (trachea). It often leads to a barking cough or hoarseness, especially when a child cries.
Most cases of croup are caused by viruses. Those involved are usually parainfluenza virus (which accounts for most cases), adenovirus, and respiratory syncytial virus (RSV). Croup is most common — and symptoms are most severe — in children 6 months to 3 years old, but can affect older kids, too.

itu la serba sedikit info yg boleh dicari berkaitan penyakit yang menyerang baby afif baru2 ni..
alhamdulillah,skang ni dah sembuh..masa tengah sakit tu mama sangat risau sebab adik jadi susah nak bernafas..
mula2 adik demam tgh malam,takder batuk pun..cuba bunyi dia bernafas lain mcm..macam berdengkur tapi jaga..pastu besok pagi terus bawak ke klinik..doktor situ bagi neb 15 minit..tp lepas tu still macam tu jugak..bunyi nafas dia jadi teruk sgt..last2 Dr. buat surat terus kami ke hospital..
kena masuk wad 3 hari 2 malam..macam pakej hotel plak yer..macam2 ubat la masuk badan dia..sian betul tgk budak kecik tu..nak cucuk masuk ubat kat tangan punyala teruk..tangan kanan tak boleh..kaki tak boleh..last2 tgn kiri ok..dia punya nangis,jgn ckpla..luluh hati mama..
masa nak sedut kahak lagi la teruk dia menjerit,yg tak tahan tu lepas dah sedut bila kita ambik dia dari nurse tu..dia terus pukul2 kita..dia marah sebab hntr dia ke situ..buat dia sakit..tak tolong dia..sian sgt..
masuk hari kedua dah bosan giler dia..asyik tunjuk pintu keluar ajer..nak buat camner..
alhamdulillah,adik dah sembuh sekarang..mohon agar sakitnya tidak berulang lagi..sian budak kecik tak reti apa-apa kan..

Jan 2, 2012

Wall Climbing Bukit Tinggi

dekat colmar aritu ada aktiviti wall climbing.. apa lagi papa n adli tak lepaskan peluang untuk mencuba..sorang kena bayar rm40..sorang dia bagi masa setengah jam..
 
nampak macam senang jer bila tengok org lain naik tapi sebenarnya susah..letih tangan dan kaki.. adli paling tinggi boleh takat blok ke 5 tapi papa berjaya jugakla sampai atas..tu pun bila turun mengeletar tangan..sakit sangat katanya..biasala takder xcercise..datang2 terus panjat..first time plak tu..

walaubagaimana pun tahniah la mama ucapkan pada papa dan adli yg suka adventure ni..kalau mama takdela..huhuhu..semangat betul diaorang mencuba..adli 2 kali try tapi takat separuh jalan ajer..hehehe