May 31, 2010

Update Mata Aisy

Alhamdulillah, setelah dua minggu mengunakan ubat Dr Pakar Zurina PPUM..mata aisy dah ok..bendasing tu dah mengecik..masih ader kat bawah kelopak mata tu tapi dah kecik..hopefully tak lama lagi bleh hilang terus..so next checkup jumaat ni takyah operate la kot kan..terima kasih pada semua yg mendoakan kesihatan aisy..TQ

May 24, 2010

Kenapa dengan Mata Aisy

Ni nak bagitau..mata Aisy ni yg sebelah kiri pada asalnya selalu sangat kena ketumbit..tumbuh satu pastu baik..tak lama pastu tumbuh yg lain plak..kat mata yg sama berkali-kali..tiba2 last skali kena tu terkeluar benda ni kat bawah kelopak mata dia..mula2 dulu cam kecik..makin lama makin besar..mama tak taula benda aper..dia macam daging terlebih tergantung kat bawah kelopak mata..kengkadang lepas bangun tido keluar macam nanah..ni rupa dia,tapi gambar ni tiga minggu yg lalu
mula2 tu kami bawak ke klinik belakang rumah tu jer..dia bagi ubat sapu aper ke nama nyer ntah..lupa..tak surut2 jugak..pastu seminggu lepas tu gi klinik Alam Medic..doktor situ bagi ubat sapu, ubat titis dgn antibiotik..doktor tu cakap,kalau dlm masa seminggu tak baik jugak kena refer hospital..kat klinik tak boleh buat kalau bab2 mata ni..doktor tu pun dah siapkan surat ke PPUM
kemudian seminggu tak baik jugak kami pun terus bawak ke PPUM..kat sana apa lagi, check macam2 la..jumpa pakar mata sampai tiga orang, last2 kena buat appointment dengan pakar kelopak pulak..ish, dah macam nak buat ujikaji plak kat mata anak aku ni..ni yg malas kalau ke PPUM ni..
so kesimpulan dari yg doktor cakap, dia bagi ubat dulu..tengok kalau tak surut2 jugak..jawabnyer kena operate buang la pulak..katanyer kalau org dewasa kejap jer boleh buang..tapi ni sebab budak kecik remehla skit..kena masuk wad sehari sebelum operate..pastu kena bius semua sebab takut budak meronta..
hai ntahla, mintak kawan2 semua doakan mata anakku ni cepat sembuh dan tak payah operate yer..amin..