Lokasi : Sun Beach Resort, Kampung Genting, Pulau Tioman
Lepas gi kenduri di Kuantan tempoh hari..kami mengambil kesempatan cuti sekolah ke Pulau Tioman..tiga hari 2 malam..ini di Jeti Mersing, masa ni baru nak bertolak pergi lebih kurang jam 10 pagi..semua excited jer..tapi bila dah naik bot,aiseh mabuk laut laaa..ini di kawasan sekitar chalet kami..kampung Genting namanyer..bermain buai di tepi pantai..pantai pulau tioman..pasirnyer takder la cantik sangat..tapi mujur airnyer jernih..budak2 enjoy..pueh la mandi laut..lepas ni takder dah aktiviti laut sampai tahun depan,muak dah dgn laut ni..hehe..bleh cayer ker..dah kecut mandi,main siput,karang plak..aisy cakap 'mama, b dah tua..tangan dah kedut2' haha..adli tulih apa entah..ni gambar chalet kami..berdepan mengadap laut..budak2 ni pagi2 lagi dah bersiap nak snorkeling..bangun awal pagi nak tunggu bot..snorkelingnya kat Pulau Rengis..kat kampung ni ader surau, ader jugak klinik..ader ternampak orang tua..suami isteri..agak2 mereka ni mesti dah lama tak keluar dari pulau ni kan..tanah nenek moyang dah memang kat sini kan..makanan kat sini..ok..not bad..malam terakhir tu ader bbq..mama suka ratah ikan dia manis dan semestinya sedap..
time snorkeling la yg paling best terutama adli..masa kat pulau renggis tak bnyk sgt ikan tapi bila kat taman laut tu uish ikan besar2..samer besar mcm aisy pun ader..adli suka sgt ikut papanyer snorkeling sambil bg ikan mkn..mama duduk tepi jer jaga fatin dgn aisy mandi pantai..lepas abih tu mandi2 siap2 pastu kami ke kedai duty free kat kampung tekek..
besoknyer lepas breakfast kami dah balik..bot sepatutnya kul 7.30 tapi dpt naik jam 10 pagi..so inila yg tak best kalau time cuti sekolah atau cuti umum ni..orang giler ramai..tapi takperla..alhamdulillah semua dah balik dan semua hepi..oh lupa nak cakap..si aisy masa nak balik jatuhkan selipar dia plak dlm laut tu..dah tinggal sebelah jer..kasut spare dlm kreta kat jeti mersing nun..biar dia berkaki ayam sebelah..tak larat nak dukung..hehe