Jul 28, 2009

Sukaneka Tadika

Acara : Sukaneka Tahunan Little Caliphs
Tempat: Padang Sekolah Agama Sekyen 3 Shah Alam
Tarikh: 25-Julai-2009
sabtu lalu kami pergi memeriahkan sukaneka tadika anak kami..cukup meriah dengan penyertaan empat buah sekolah tadika yg menggunakan kaedah pengajaran program little caliphs ni..so dua sekolah pakai baju warna merah..satu sekolah pakai baju biru dan satu lagi warna hijau..adli menjadi ketua pasukan merah dan ditugaskan membawa bendera dlm acara perbarisan kawad masuk padang..yang kelakarnya mak bapak semua excited..siap buat barisan sendiri utk ambik gambar anak2 depa..ada jugak budak yg nangis..so mak dia kena ikut kawad sebelah dia..hehe..mcm2 kerenah..perasmian oleh pengasas little caliphs dan YM anak sultan selangor pun turut turun mencemar duli..tapi datang sekejap je..tak sempat nak ambik gambar..permulaan acara ialah persembahan istimewa dari setiap tadika..ada senamrobik,silat,taekwondo dan gimnastik..tadika adli persembahkan gimnastik..gimnastik paling mendapat tepukan gemuruh al maklumla..pengajar dia tu pun pelatih kebangsaan..tu yg persembahan depa ni lebih skit kot..kesian anak aku tempatnya di bawah skali..sakit pinggang kena pijak kot kan..hehe..ni papa tengah pujuk si fatin..dia ni memang cam gini..tak bleh panas skit..tudung tu dah elok2 pakai adalah tak sampai sejam dah buang..adoi..pastu kejap2 nak air..main skit nak air..adli dlm acara lari dalam gunimula2 fatin takmo main..dok protes sbb aisy dapat belon..bila dah try satu game dah makin seronok..

gambar ni aisy yg ambik..aisy takder acara..dia baru 3 tahun..so kerjanyer main belon dan ambik gambar dan makan dan makan..heheheacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh pengetua merangkap isteri pengasas..time ambik hadiah la yg paling ditunggu2 oleh bebudak ni..suka sangat..ramai2 pakat tenung hadiah..bilala teacher nak bukak hadiah ni..lambat sgt la..kami dah tak sabar ni..hahaha..demikianla cerita hujung minggu kami..seronok sangat sukan last2 adli demam..tapi skang dah baik dah..

Jul 20, 2009

Program bersama anak

sabtu lepas papa dah booking tiket tengok ice age 3..papa dah janji dengan anak2 sebelum ni, adli mintak kat papa balik nanti nak ajak gi tengok wayang..so papa pun tunaikanla janji dia tu..kami tengok di GSC Berjaya Times Square,sajer tengok jauh skit..bleh jln2 naik train..papa kata dah lama tak layan anak2..hehe..ha ambik layanla pueh2..mama dah lotih jaga sorang2 2 bulan..sementara tunggu time boleh masuk panggung,kami jln2 sekitar situ..tengok2 terjumpa kedai mainan..punyala bnyk mainan dia..macam2 ader..macam toy museum plak..pastu tengok roler coster lalu atas kepala..bunyi jeritan sakit telinga..camnerla depa tu berani naik benda2 tu ek..kalau mama..bagi free pun takmo..takut
kami pergi naik LRT dan Monorail..sajer dah lama tak bawak budak2 ni jln2 kan..parking kat perkarangan JMM..naik kat stesen Tmn Jaya..sampai KL Sentral tukar naik Monorail plak..sampai stesen Imbi..
dan seperti kelaziman asal nampak kedai jer pasti budak2 ni nak singgah..dan yg tak bestnyer pasti membeli..adoi..tapi citer ice age tu mmg best..geli hati..kelakar..budak2 pun enjoy..

Jul 17, 2009

Musim Buah

Acara : Makan buah durian dan pulasan
Tempat : Perkarangan PKNS, Shah Alam

tengahari Jumaat lepas 10-Julai-2009 mama dengan member2 opis gi makan2 buah..bukan free tapi bayar la..nak harapkan dusun org..mana nak dapat..so kami berjaya bodek abg jual durian tu..durian yg sepatutnya dua bijik rm10 kami dapat tiga bijik..kira ok ler tu..isinya sedappp..beli banyak2 pun tak larat nak abih plak..just layanz..

Jul 7, 2009

Tag dari Sue

1. Bekas kekasih saya adalah...
sorry, tak pernah ader bekas..my hubby is a first n only..cewah

2. Saya sedang mendengar
bunyi aircond yang kuat..blow je..tapi tak sejuk pun

3. Mungkin saya patut
ganti puasa lebih awal..baru sekarang dok terhegeh-hegeh nak ganti puasa..hehe

4. Saya suka
kehidupan saya skrg, sederhana tapi amat memuaskan..alhamdulillah

5.Sahabat-sahabat baik saya
yang memahami..yg kalau kami berjumpa semua perkara dlm otak ni akan jadi mudah

6.Saya tak paham
kenapa selalunya niat saya disalahertikan..takper saya yakin dgn ketentuan Tuhan

7.Saya kehilangan

kata-kata bila saya dihukum dengan kesalahan yang saya tak tau apa..

8.Ramai yang berkata
tak ramai yg berkata sbb tak ramai org yg bercakap dgn saya dua tiga menjak ni..hehe..tiru nabil

9.Makna nama saya
takder makna..cuma nor dan has adalah kombinasi nama mak dgn abah..

10.Cinta itu adalah
sesuatu yg indah..

11.Di suatu tempat, seseorang sedang
berbual-bual dengan kawannya di meja sambil makan2..

12.Saya akan cuba
memuaskan hati semua org..
mengembirakan diri sendiri..
menyimpan emas..hahaha

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
forever...hehehe

14.Telefon bimbit saya
yg sekarang ada ni adalah hp saya yg ke 8 sejak 1998

15.Bila saya terjaga dari tidur
bukan terjaga..tetapi adalah dikejutkan oleh alarm hp..malehnyer nak bangun..

16.Saya paling meluat apabila
tengok pasangan belum kawin bermesra di tempat awam..eee

17.Pesta/Parti adalah
hepi birthday to u..

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah

kura2 kecik kat rumah bos abah(keturunan cina) masa saya umur around 10 tahun

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
14-17 tahun..kenangan terindah

20.Hari ini
saya ganti puasa..

21.Malam ini saya akan
basuh baju sekolah anak2..

22.Esok pula saya akan

attend course vb..

23.Saya betul-betul inginkan

kebahagiaan dlm hidup antara saya dgn Tuhan, saya dgn keluarga dan saya dgn org sekeliling..amin..

24.Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini
tak dapat nak pikir..sbb sambil bersiap sambil mulut tot tet tot tet dekat adli

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
dua2 wajib..

26.Makanan Barat atau Jepun
Barat..

27.Bilik yang terang atau gelap
gelap..

28.Makanan segera adalah
makanan yang tidak berkhasiat

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
ko nak cucuk kat mana wayar tu maria...hehehe

30.Siapa yang anda nak Tag?
takder saper kot..eh okla bagi kat eza, za dgn ann

Jalan dengan Ashu

ni gambar terbaru anak2ku sabtu lepas masa keluar gi jln2 dengan ashu dia..masa ni tengah tunggu ashu bukak pintu kereta..gi beli air kotak dulu..panas..dahaga
pastu main kereta..adli ada bawak duit syiling banyak dalam poket..dia ingat nak main game kat Pusat Game Masalam tu, rupa2 nya dah tutup semenjak renovate..sian adli

Jul 3, 2009

Muzium Taiping

Mula2 just lalu jer depan muzium ni..pastu terpikir apa kata singgah jap..sajer2 nak tengok..dah berpuluh kali lalu tak pernah nak jenguk..bawak anak2 ok gak kan..
masuk2 tengok dia bukak separuh jer..bahagian binatang2 jer dia bukak..yg lain2 tutup sbb tengah selenggara..takperla..pusing2 jap bukan kena bayar pun..so layanz jerla gambar2 sewaktu kami di muzium taiping yg sebahagian ruang pamerannya ditutup atas sebab penyelenggaraan..
dapat tengok rangka buaya tembaga gergasi yg ditangkap di sungai perak

biawak ni mama takut nak dekat..eee..gelinyer..rasa macam cicak besar tengah panjat dinding..eee..takuuutnyeerr

adli ckp ni macam citer night at the museum tu jer..malam2 rangka2 ni bergerak tak..hehe..budak2..



basikal berantai..digunakan semasa meraikan sambutan hari kemerdekaan..kayuh ramai2..best kan..u all tau tak taiping ni pernah jadi ibu negeri perak dulu2..
kereta jenazah pun ader jugak dipamerkan..