Oct 30, 2008

Open House GEV

Destinasi : Perkarangan Office GEV, Puchong
Tarikh : 29-Oct-2008
Masa : 8.00 malam

si aisy tu macam tengah pening nak makan yang mana satu..banyak menu yg ada antaranya..sate,mee kari,nasi beriani ayam,daging kambing bakar,kuetiow goreng,kopok lekor,aiskrim dll

Oct 28, 2008

Kuala Pahang

Mula2 gi order satar kat Kuala Pahang..sementara tunggu dia bakar satar tu..kami gi jalan2 kat kuala..tengok bot nelayan bawak turun ikan..
macam biasala..anak2 jer yg syok lebih..mama dgn papa letih..gambar yg ni bukan kat kuala pahang..ni kat taman rekreasi tepi sungai pahang tu..

Felda Sungai Pancing Utara

Kat sinila rumah family mama dan sedara mara bertanggak..rumah opah chu..nasib baik ader sedara kat Pahang ni so kalau kawin dengan orang Pahang..kira ader la tempat nak bermalam..haa..ni semua kreta sedara2 rombongan pihak lelaki..semua bermalam kat sini..penuh rumah..nasib baik rumah kampung besar..kalau macam apartment mama jawabnyer kena sewa hotel..hehekalau bab lepak kampung si adlila yang paling suka..habis semua tempat dia explore..rumah opah chu ni berdepan dengan surau..

Perkampungan Kemboja

Bercerita pasal kenduri kawin sepupu mama tadi..ni mama nak kongsi gambar2 masa kat Kampung Kemboja ni..ikut sejarah..perkampungan ini wujud dek pelarian Kemboja yang datang ke negara kita sebab negara depa perang sekitar 1975..rumah2 depa tu bertiang tinggi..majoriti bawah rumah mesti ada sampan..utk time banjir kot..hehe..pastu guna untuk buat basuh pinggan..pastu ader jugak yg bukak kedai kat bawah rumah...tapi yg best tangga rumah depa ni cantik2..depa ni tangga mesti cantik dlm rumah tak cantik takper..tapi tangga yg adli duk lepak ni tangga belakang so tak la cantik..tapi orang2 depa ni memang pandai berniaga..mama sempat gak la gi round2 kampung depa ni..nampak ader kolam ternakan ikan patin..ternakan udang..ayam..kambing..nampak jer kampung depa selekeh cam gini tapi masing2 keta mahai tu..bawah rumah berlambak wish..estima..ssangyong

Selamat Pengantin Baru

Destinasi : Perkampungan Kemboja, Pekan, Pahang
Tarikh : 25-Okt-2008

Sepupu mama kami panggil dia Pijoy telah pun selamat melangsungkan perkahwinan dengan..erm..saper nama isteri dia ek..lupa la pulak..ni gambar masa kat Pekan, Pahang..isteri Pijoy ni asalnya orang Kemboja yang masuk ke Malaysia..tapi dia lahir kat sini so dah kira warganegara Malaysia la ni..bergambar bersama sepupu2 belah mak..ramai lagi sebenarnya tapi kira yg besar2 kami ni la..yg lain tu kecik2 lagi..ader yg kecik dari anak2 mama pun..

Oct 24, 2008

Jamuan Raya PTGS

Acara : Jamuan Raya Pej. Tanah Galian
Tempat : Dewan Jubli Perak, SUK Selangor
Tarikh : 24-Okt-2008


sajer tak letak gambar makanan..sebab makanan tak berapa best..hehe
ada sesiapa boleh bagitau saper yg ambikkan gambar yg last sekali ni...

Oct 23, 2008

Derma Darah

Tempat : Lobi Jabatan Meteorologi Malaysia
Tarikh : 22-Okt-2008

Papa semalam menderma darah untuk tabung Pusat Darah Negara..ini kali ke-4 rasanyer papa menderma darah..kata orang lepas derma darah badan naik berisi..tapi papa macam tu juga..lepas menderma darah..minum 2 kotak air soya sambil tengok2 orang lain plak menderma..tu ann punya turn..untuk tengok banyak lagi gambar gi sini

Oct 22, 2008

Makan di Amin Thai

Acara : Makan-makan BTM
Destinasi : Amin Thai Kitche, Seksyen 7, Shah Alam
Tarikh : 22-Okt-2008, 01.00 tengahari

ni antara menu yang kami order tengahari tu..rasa memang superb..walla..
amboi tengok zizi tu..sayangnyer dia kat syahid..siap cedukkan lagi tu..bagusla tu..kawan dunia akhirat..hehe..eh..tu yg si hadi nampak cam tengah cedokkan nasi utk Pn.Ju jer..Pn Ju plak buat muka malu2 ala pengantin hehe..jgn mare..Pn Ju takder anak pompuan la D..En.Sab plak sempat lagi tengok muka kat cermin penutup mangkuk tu..hehe
kitaorang kalau bab posing semestinya nombor 1..lepas makan tak ingat muka camner dah..hilang ayu..hehe..haiza tu macam dok pikir..nak makan yg dlm pinggan ni ker atau yg dalam mangkuk besar ni..
uish si maria tu takyah jeling2 la menu orang sebelah..abihkan menu sendiri dulu..hehe
haa..dapat dah bukti saper yg abihkan kailan ikan masin tu..sian mama tak dapat merasa..depa ni laaagi..

ps:thank you kpd semua yg memeriahkan acara makan2 kita ni..utk yg tak dapat join..kita buat lagi nanti ek..

Oct 21, 2008

Open House Sue

Hari sabtu 18 Oktober 2008 mama sekeluarga melapangkan diri ke rumah Sue..dia buat open house tapi tertutup..macam mana tu..ni ada skit gambar..nak tengok lagi gi sini
ps:ucapan tahniah untuk kawan baik mama azie yg selamat melahirkan baby boy dia hari sabtu 18/10/2008 8.58 malam..byknyer nombor lapan..ada tuah ker ni..hehe..

Oct 20, 2008

Dari hati seorang anak

Mama : 'Adli,simpan camera tu takmo main..'
Adli : 'Ayie nak ambik gambar mama ni..'
Mama : 'Nak buat apa..'
Adli : 'Ayie nak tunjuk kat papa gambar mama bawak keta dlm hujan lebat..sian mama'
Mama : tersentuh hati
tak sangka dalam hati Adli ni ader jugak rasa kesian kat mama dia..korang bukan tak tau mama ni kan penakut bawak keta..tengokla muka tu serius jer pandang depan..haha..skang ni kira alhamdulillahla jugak...dulu jgn cakapla..skang ni petang2 kan selalu hujan..nak ambik anak2 kat tadika sampai basah2 kain..hehe..pastu kena drive sampai rumah dengan depa 3 org tu tak duk diam dlm keta..mana nak tengok jalan lagi..kalau tunggu hujan reda..lambat plak..kang jam teruk kat traffic light tu air naik..cobaan..

Perbualan anak2

mama terdengar perbualan anak2 mama masa depa tengah main lompat2 atas katil..mama sempat snap gambar jer..tak dpt rakam..nak tergelak betul..
fatin :'abg, naper mama ngan papa tido bilik ni..ni bilik pengantin kan..'
adli :'a,ah bilik pengantin..'
fatin :'mama ngan papa nak kawin ler tu..'
adli :'mama ngan papa dah kawin la..apala atin ni..'
fatin :'tapi naper kita tak nampak pun..'
adli :'ntah..'
aisy :'ama apa awin? awin ke?'
mama :'???!!!'

Oct 16, 2008

Celebrate Birthday

Boleh tak geng2 mama kat atas tu celebrate birthday mama tanpa mama..tak patut betul..
"Kak Ieja, kitaorang dah celebrate dah birthday akak tadi kat Burger King..kak farah pun dah celebrate dgn adik dia..diaorang makan kat luar.."
adoi..pesyen apa ni celebrate tak ajak tuan punya birthday ni..aku pun balas dendam punya pasal bawak la si maria makan laksa kat PKNS..tak patut betoi depa ni..lucut ahli kang baru tauuuu...ni la gambar mama tengah panas hati..hehe..sekali dua mangkuk aku sapu daaa..tapi tetap senyum maintain..ha ader lagi ker yg nak gi celebrate tapi tak ajak mama ni..HAAA BERANI PERGILAAA...

Oct 13, 2008

Happy 31st Birthday

Thank you papa (for the 'great' birthday memory),lien (awai2 pagi dah sms),maria,mas dan my beloved brother ijam..tq all..umur dah semakin meningkat..perubahan perlu dibuat untuk bekalan diri..amin..

Gimnastik

Acara : Pertandingan Gimnastik Kanak-kanak
Tempat : Dewan Sirim, Shah Alam
Tarikh : 12 Oktober 2008

Tengah mood raya tapi ahad baru ni mama sekeluarga sibuk dengan aktiviti anak2..si adli terpilih memasuki pertandingan gimnas mewakili tadika dia..sebanyak lapan buat tadika yang bertanding..so dari kul 10 pagi sampai ke dua petang kami dok dalam dewan tu..tak dapat la nak kemana-mana open house..hehe


Antara Aksi-aksi Adli

Oct 11, 2008

Lagi Rumah Terbuka

Acara : Rumah terbuka Zunaidi,Bandar Saujana Putra
Tarikh : 11 Oktober 2008
Jam : 2.30 petang

Seronok jumpa kawan2 lama..antara yg hadir Kak Ada Sekeluarga,Kak Ara Sekeluarga, Kak Jaja Sekeluarga, Kak Ina dan dua anak daranya, Kak Jah Sekeluarga, Kak Zawiah, Zahri Sekeluarga, Izwan, Fadli, En. Jailan dan anak teruna handsome dia...jamuan raya merangkap jamuan masuk rumah baru..tapi nasi kerabu zun ni memang best..mama suka dari dulu..wallaa..

Rumah Terbuka

Acara : Rumah terbuka Tadika Anggerik,Shah Alam
Tarikh : 11 Oktober 2008
Jam : 12 tengahari
Mama berkesempatan ke tadika anak2 mama yg buat rumah terbuka hari raya bersekali dengan perjumpaan antara cikgu2 dengan ibu bapa.
ramai ibu bapa datang dengan anak masing2..time ni la nak berkenalan dengan depa kan..time ni jugak kami interview Ryann(budak ni minat kat fatin)..hehe..tapi gambar dia takder..terlupa nak ambikIni kira macam report card la..Adli punya..
Untuk pengetahuan semua, tadika ni keluarkan buku2nya sendiri..ini antara program Little Calips la..ni la antara buku2 Adli..

Oct 10, 2008

Sekadar Coretan


Pagi ini pagi yang peduh sayu..
dalam hati yang berbuku..kugagahi hari2 mendatang..
radio pula memainkan lagu ini..menyebabkan kesayuan makin menyapa

'Walau, ku masih mencintaimu
ku harus meninggalkanmu
ku harus melupakanmu
meski, hatiku meyayangimu
nurani membutuhkanmu
kuharus merelakanmu...'

sejenak terpikir...mungkin ini luahan hatinya pada si dia..
sedangkan aku...hanya mampu dapat mendengar dan melihat..
tiada apa lagi yg boleh dibuat

seterusnya radio memutarkan lagu ini..

'Lihatlah Langit di atas sana
tersenyum melihat tingkah kita
selalu ada peristiwa
yang membawa pertengkaran

Maksudku hanya ingin yang baik
untuk kita berdua dalam bercinta
baiknya aku buruknya aku
terimalah aku apa adanya

Pastikan kau dengan aku
jangan ada cinta lain
tak pernah aku terlintas
niatku untuk berpaling

Maafkanlah aku sayang
bila belum kau bahagia
sejauh langit di atas
kan ku kejar bahagiamu

Biar langit dan bumi meruntuh
biar jasad kita tertimbun di sana
tetap bersama, tak ingin lepas
mencintaimu ku jadi begini.......'

lantas terus membuat air mata keluar lagi..haruskah ini yang aku dapat..
andai ini dapat meringankan dosa dia..aku pasrah dan redha..

Gelagat Selepas Kursus

Selepas kursus/bengkel MPK dan FM di PTG semalam 9/10/2008, kami di PTG ni macam biasala..kalau dah sampai mood giler2 jadi lupa walaupun ramai antara kami di mak2 budak..hehe

ps-untuk ain dan sue..we all miss u much! muahh!

Oct 6, 2008

Aksi Aisy

Destinasi : Perkarangan Masjid Sungai Dua,Pulau Pinang
Tarikh : 4 Syawal 1429 H

Gambar Raya Sakan

Destinasi : Kampung Tanjung Blanja,Parit,Perak
Tarikh : 1 Syawal 1429 H
Acara : a)Kena sampuk hantu raya
b)Macam posing peraduan menang kereta
c)Menari tarian makan lemang

orang perak kata..ape kena kome ni..sakan bebenor..hihi

Oct 4, 2008

Aidilfitri 2008

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam di serata dunia...ampun maaf dipinta pada semua yang mengenali diri ini..jemputla datang beraya..tapi kena call dulu tau..hehe