Aug 29, 2008

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Semoga mendapat sepenuhnya keberkatan di bulan yang mulia ini...
Pesan nya:
Selamat tinggal kengkawan... jangan sedih..
aku cuti sebulan jer...
TAPI Ingat KENGKAWAN semua!!!
pandai-pandai bawak diri yang selama ini dalam godaan nya!!!

Salam Merdeka

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 51
Harapan mama semoga Malaysia mencapai tahap baru yg labih baik dari segala segi..mama sayang malaysia..doa mama untuk perpaduan rakyat dan kegemilangan negara..

Aug 27, 2008

Program Little Calips

Assalamualaikum..kum apa combat..bat apa batman..man apa mentol..tol apa tolak..lak apa laksa..sa apa satu..tu apa..tunang..nang apa nangka..ka apa kayu..yu apa..you bodo..
hehe..sorry yer..ma bukan mengata korang..cuma teringat masa sekolah..mana belajar ntah lagu tu...semua orang tau la lagu tu..yang peliknya saper la insan yg memula dan menciptanya kan..tambah pelik bukan kanak2 kat perak jer..tanyala budak2 kat mana2 negeri pun sure ader jugak lagu camtu..macamana bleh tersebar ek..
ni nak citer pasal aktiviti sekolah anak2 mama..semalam dapat surat dari cikgu dia..ader program macam2la..

dan yang ni plak aksi adli dan aisy dalam keta masa ambik dari sekolah semalam..tengah baik camnila muka depa..tapi kalau tengah gaduh...lain hari mama ambik gambar gaduh plak...tu pun kalau sempatla...sebab rasanya kalau time gaduh sempat capai rotan daripada capai camera..hehe..

Aug 25, 2008

Aquaria KLCC

Sabtu,23-08-2008 dalam jam 2.30 mama sekeluarga masuk Aquaria KLCC...walaupun papa baru balik dari Kuantan pagi tu..tapi kesian kat anak2 punya pasal kami bawak jalan2..lebih2 lagi ader promo tiket untuk family..2 adult+2children=RM88...itu pun nasib Aisy under 3 years so tak kena bayar..lepas ni tak bleh gi dah la..aisy dah kena bayar..hehe





Aug 18, 2008

Majlis Perpisahan dan Birthday

Agenda : Majlis Perpisahan Ain dan Celebrate Birhday
Tarikh : Jumaat 15-Ogos-2008
Tempat : Bilik Mesyuarat Gemilang2, PTGS

Majlis Perpisahan untuk Ain yang akan bertukar ke MAMPU,Putrajaya manakala birthday pula untuk staff yg lahir bulan Julai,Ogos dan September..buat awai sebab nanti bulan posa..tak boleh makan siang..hehe..boooleh tak..



Olimpik Beijing 2008

Tahniah Lee Chong Wei kerana mendapatkan pingat perak untuk negara walaupun tewas malam tadi dengan Lin Dan..uish ingat senang ke nak main di tengah ribuan penyokong China..kira ok ler tu..cuba bayang kalau kita jadi dia sure tertekan giler..apa2 pun Tahniah..dapat RM300,000 dan pencen RM3000 sebulan..
ni gambar kat TESCO...mama ambik..tengokla gelagat rakyat malaysia tak kira apa bangsa..tua muda..semua sokong Malaysia..


Aug 13, 2008

Pertandingan Bunga Api

Malaysia International Fireworks Competition 2008
PICC Putrajaya

Malam tadi mama sempat lagi gi Putrajaya tengok bunga api..lepas Maghrib jer terus gi sana..maybe malam pertama ramai orang tak tau lagi so tak la seramai tahun lepas..lagipun hari kerja..tapi masa nak balik jam jugak la nak kluar dari Putrajaya tu..Yang malam tadi Malaysia punya best gak la..mama suka time ending..gah giler..sebelum start kita berkelah makan2 dulu kat tengah padang tu..



12/08/2008 Malaysia Team
16/08/2008 China Team
20/08/2008 Canada Team
24/08/2008 Spain Team
29/08/2008 Grand Final


*mama dapat tahu kawan opis lama John masuk hospital sebab accident motor..mama doakan harap John cepat sembuh..amin.

Baby Girl

Tahniah Ain sebab baru mendapat anak saudara baby girl bernama Noradreana Adhua bt Mohd Afra...lahir pada 07-Ogos 2008 jam 6 petang..aiseh tak sempat tunggu 080808..takperla..semuanyer dah selamat..mama doakan nanti Ain plak dapat baby ok..



Makan Buah Bersama MB

Acara : Pesta Makan Buah Bersama Menteri Besar Selangor
Tempat : Perkarangan SUK Selangor
Jam : 1.00 tengahari
Tarikh : 07-Ogos-2008

Acara ini berlangsung dengan penuh meriah..banyak betul buah-buahan yang ada pada tengahari tu..ada durian,rambutan,manggis,langsat,kuah durian cicah roti, pulut..memang best walaupun cuaca tengahari tu hujan lebat..



Aug 10, 2008

Pulau Manukan,Sabah

Destinasi : Pulau Manukan, Sabah
Tarikh : 05-Ogos-2008
Info : Pulau Manukan terletak dalam gugusan Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) di Kota Kinabalu. Terdapat 5 pulau dalam gugusan TTAR iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Untuk ke gugusan pulau di TTAR, anda perlu ke Jeti Jesselton Point di bandaraya Kota Kinabalu. Anda boleh memilih mana-mana lima pulau yang ingin anda lawati di jeti ini. Jeti Jesselton Point ke Pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 20 min dengan tambang lebih kurang RM30 pergibalik untuk seorang. Apabila tiba di jeti pulau anda perlu lagi membayar tambahan RM3 untuk masuk ke pulau ini.

Hari kedua mama,papa,anak2 dan ijam gi pulau plak..mak dgn abah tak ikutla..depa jalan2 dekat2 hotel jer..kami pergi pun tak lama..dari kul 10 pagi sampai kul 2 petang jer..sian kat mak boring plak nanti..






Tengokla ikan2 ni..byk giler ikan..kecik besar panjang pendek semua ada..kuda laut pun ada..mama tak snorkeling la..papa dengan ijam jer..



Si Fatin dgn Aisy dah keletihan..tak dan sampai hotel dah tido dari dlm bot lagi..sian

Aug 9, 2008

Kota Kinabalu

Pasar Filipina memang famous kat KK ni..kat situ ada jual macam2..aksesori pelbagai..tapi harga mahai skit..so mama tak shopping kat sini pun..just tengok2 jer..for me better beli kat Pasar Malam Kampung Air kot..lebih murah..barang yang dijual sama jer dengan apa yg ader kat dalam PF tu..maybe kat PF tu mahai sbb nak byr sewa kedai ke kan..
Kat Pasar kering ni banyak jual ikan bilis,ikan masin,udang kering,keropok cincin,amplang dan banyak lagila..kuda laut,sarang burung,telur ikan pun ada dijual..
Jadi rambang mata bila tengok byk tul mutiara,kristal..macam2 kaler..cantik2..dibuat gelang,rantai,cincin dll
Dua malam berturut-turut kami makan kat pasar tepi laut betul2 belakang PF..ader macam2 makanan laut bakar..kami pilih2 ikan merah,ikan pari,ketam,sotong,udang..cicah air asam..malam pertama makan baru RM67..malam kedua plak RM62..murah jer kan kalau nak banding dengan kat sini..tapi air asam dia memang best..sedaaapp..
Tengokla tu..tersusun jer..besar2 udang dgn sotong..

Percutian Keluarga 2008

Destinasi : Kota Kinabalu,Sabah
Tarikh : 04-Ogos-2008

Tahun ini mama sekeluarga bersama dengan mak,abah dan adik bongsu mama ijam bercuti ke KK...sepatutnya adik mama yg nombor 2 ikut sekali tapi dia tak dapat cuti sebab baru seminggu masuk tempat kerja baru..tak boleh cuti jadinya burn la satu tiket..
Ini gelagat Aisy dalam flight..pandai jer dia duduk dan pasang talipinggang sendiri..adli n fatin duduk dengan papa dia..masing2 berebut nak tepi tingkap..
Alhamdulillah..selamat mendarat di KK dalam kul 12.30 tghari..kecut jugak perut masa time nak landing tadi..hehe..pergi ok balik banyak langgar awan so rasa macam nak muntah..actually ni bukan first time mama n papa ke KK ni..ini kali ke-3 buat mama dan kali ke-5 bagi papa..tapi naik MAS sbb urusan kerajaan..bila naik AirAsia ni rasa gegar2 skit..
Inilah bilik hotel kami di KK..Imperial International Hotel..nasib baik bilik muat utk kami semua..cuma ada la yg kena tido bawah..hehe..thanks yanz sbb cdgkan hotel ni
Semua rehat lepas makan tengahari dan tido..nanti petang nak jalan2 kat Pasar Filipina pulak

Aug 8, 2008

Zaliza's Wedding

Lokasi : Kampung Lindungan, PJ
Tarikh : 03 Ogos 2008

Selamat Pengantin Baru mama ucapkan kepada adik mama Zaliza (kawan opis lama) yang telah selamat menjadi isteri kepada Fedrix Hadi..semoga jodoh kalian kekal berpanjangan sampai bila-bila..amin..