Dec 30, 2008

Teman Papa Mancing

Tarikh : 27-Disember-2008
Tempat : Tepi Pantai Tanjung Bidara, Melaka
memancing kat tepi pantai berumpan pumpun..rupanya macam lipan..papa beli kat pantai klebang..kejap jer mancing nyer..dengan adik mama si ijam yg memang kaki pancingabih mancing gi terjun mandi laut la pulak..apa lagi..tapi pagi ombak kuat sangatla..org kurus macam mama..cewah..asyik terumban kena tolak..adoilaa..

Dec 23, 2008

Teka Siapa Saya

cuba teka saper kah baby cute ini..hahaha..tapi sorryla gambar blur skit maklumlah gambar lama..dah 30 tahun lebih gambar tu tersimpan..haha..

Dec 18, 2008

Ucapan Tahniah

Tahniah kepada Zunaidi dan isteri kerana telah mendapat cahayamata lelaki pada Ahad lepas..dan juga tahniah untuk kak hawa dan suami kerana mendapat baby girl..

Dec 17, 2008

First Time Gunting Rambut

Lihatlah gelagat aisy ni..inilah first time dia gunting rambut kat kedai..sebelum2 ni opah dia yg guntingkan rambut..itu pun susah..takmo gunting..gelila..letihla..abih senget benget..
tengok tukang gunting ni kesian dia..dapat gunting belakang jer..bila nak gunting depan dia tak bagi..kat tepi telinga pun tak bagi..last2..biar jer la,aisy dah nak nangis plak..balik rumah kami alter..


Dec 15, 2008

Selamat Pengantin Baru

Meraikan Raja Sehari Syahid dan Faziana
Tempat : Anggerik Mall, Shah Alam
Tarikh : 14-Dec-2008


Dec 12, 2008

Malaysia Utara

Teringat keindahan sawah padi di Utara Malaysia..tenang hijaunya cantik betul..lepas2 ni ada rezki kita gi jalan2 belah pantai timur pulak..

Dec 4, 2008

Jalan2 Hari Ke-3

Tarikh : 29-November-2008, Sabtu
Destinasi Pagi : Pekan Rabu, Alor Setar

Pagi2 lagi kami dah sampai Pekan Rabu..dlm kul 10 pagi..selepas dah check out dari rumah Ani..beli barang skit2..ikan pekasam utk ijam,asam jawa,dodol,belacan dll utk mak dan mak mertua..adli tutup idung plak masa kat tempat ikan pekasam tu..hehe..haa..kat pekan rabu ni korang jgn tak cuba bihun sup utara dia..seeedaaapp..

Destinasi Tengahari : Kenduri Kawin Aree di Mergong

Selamat pengantin baru mama sekeluarga ucapkan untuk Aree dan Wife..apa ek nama wife dia lupa la plak..semoga berbahagia ke akhirnya

ni jalan nak ke rumah Aree..berdepan dengan sungai tau..



Destinasi Petang : Muzium Padi

oleh kerana rumah kenduri Aree tu hanya kira2 4 km saja dari muzium ni..so kami singgah sekejap..best gak..masuk dalam tu kami dibawa berpusing tengok mural lukisan perkampungan sawah padi..




Dec 3, 2008

Lagi Jalan-jalan

Tarikh : 28-November-2008, Jumaat
Destinasi Pagi : Padang Besar, Perlis

kalau ikutkan macam2 nak dibeli..tapi mujur duit kat tangan ni tak banyak..hehe..konon..tak beli apa2 pun sangat..just beli barang2 cenderahati utk perkahwinan adik mama nanti..pastu kad kawin dia..hai dia yg nak kawin kita plak melebih-lebih..hehe..tapi korang jgn tak try tomyam kat sini..pergh..tomyam thailand mmg kick..


Destinasi Petang : Restoran Laksa Telok Kechai

Masa mama kerja kat kedah dulu2..kawan mama nizam ader ajak makan kat sini..so dari situla mama tau ader laksa yg famous ni..korang searchla tengok mmg laksa ni best..mama bawak papa dan anak2 rasa..sedap..dia letak sambal kelapa skit kat dlm tu..abc dan pulut inti dia pun sedap..ader dua kedai din dan zakaria tapi yg zakaria tutup plak hari jumaat

Destinasi Malam : Rumah sahabat lama, Ani

kami bermalam di rumah kawan lama mama..kawan sekolah dulu..my best friend..Ani..TQ pada Ani dan hubby sbb bagi kami tumpang bermalam..hehe..best depa honeymoon anak2 cuti sekolah hantar kampung, pandai ek..hubby dia siap lapkan cermin kreta yg kena getah mempelam..hehe

Toy Museum,Penang

Pada sebelah petang selepas penat bermain air, kami ke Toy Museum, Penang..di Jalan Tanjung Bunga, Tanjung Bungah..ader bermacam2 koleksi permainan disini..dimaklumkan ini milik private seorang peminat pengumpul permainan..ader antaranya koleksi esklusif/terhad..tak puas dok dalam ni..banyak sangat benda nak tengok..nak belek satu2..mana nak ambik gambar lagi..sampai abih baterila camera mama tu..tapi sorryla gambar tak berapa sharp..al maklumlah..bukannya dslr..hehe..tiket masuk RM10 utk dewasa RM6 untuk kanak2..mesti banyak duit kan orang ni sanggup berhabis beli benda2 ni..tapi lama2 bleh balik modal kalau bukak muzium ni kan..collect duit tiket..hehe..jgn mare tuan tanah

Dec 1, 2008

Kami Bercuti

Tarikh : 27-Nov-2008, Khamis
Destinasi : Pulau Pinang

Kami mengambil kesempatan untuk bercuti sementelah perlu menghadiri jemputan kenduri kawin di Kedah..so alang2 nak ke utara,singgahla mana2 tempat yg agak best..bawak anak2 jalan2..bermain air di pantai Batu Feringgi

Nov 20, 2008

Aktiviti Malam Sabtu

Malamnyer plak kami ke Fun Fair..tempat mengabihkan duit lagi..hehe..adoila..kayap..ini first time gi Fun Fair..anak2 pun macam hairan jer tempat apa ni lagu bising2 pastu game dia pelik2..maklumla mama blum pernah bawak depa gi Genting lagi..tunggu depa besar skit baru best..adli dapat bawak kreta suka sangat dia..seyum jer..tapi aisy masam sebab dia tak boleh naik..kecik lagi..tapi masa main baling bola tu dia sorang jer dapat hadiah nemo..adli dengan fatin tak dapat apa pun..takder luck

Aktiviti Tengahari Sabtu

Tengaharinyer pulak kami ke Jaya Jusco yang baru buka di Bukit Tinggi..kira largest mall la..memang besar pun tempat parking giler banyak..pastu kebetulan ader magnolia punya promosi untuk kanak2..
budak2 ni kalau dah nampak playland..dah namanyer budak..mak bapak budak kena korban duit la kan..hehemasuk sini syaratnyer kena beli dua kotak susu magnolia dulu..pastu dia bagila main mcam2 game dlm tu..

AKtiviti Pagi Sabtu

Salam semua..
mama ni baru baik demam..selsema..abih anak2 mama yg tiga orang tu pun jangkit sama..alhamdulillah hari ni ada baik skit..
so ni entry pagi sabtu lepas sebenarnya..mama lambat masukkan..maklumla..tak sihat.
pagi sabtu tu mama sekeluarga mulanya nak jogging kat Taman Jaya..alih2 sampai sana hujan plak..tapi sian kat adli muka dah monyok..kami tukar tempat lain kat Taman Tasik Shah Alam..boleh tak PJ hujan tapi Shah ALam tak hujan plak..tengokla si fatin tu jogging sampai tercabut kasut dia..hehelast2 nampak playground takder maknernyer nak jogging dah..kira main jer la..sian aisy..panjat punya panjat pastu dah tak tau camner nak turun..last2 nangis jer la mintak bantuan..hehe

Nov 16, 2008

Main Aci Nyorok

Ni gelagat dan aksi anak2 mama masa main aci nyorok..kelakar dan nak tergelak pun ada..si adli menyorok sebalik langsir..kira kreatif jugakla idea dia tu..tapi mama jumpa juga..
si fatin pulak nyorok macam mana ntah..sorokkan kepala jer tapi kaki nampak..tapi oleh kerana baju yg dia pakai corak bunga2 jugak..jadi mama lambat skit dpt cari dia sbb konfius antara dia dgn cadar..
yang paling lambat skali dpt cari ialah aisy..bukan apa..dia nyorok simple jer tapi sbb mata mama ni dah tua..tak nampak ader objek lain dok berselimut baik punya atas katil bilik abg dia tu..siap pejam mata lagi tu..hehe..kelakar tulla..

Nov 10, 2008

Lagi Makan

Destinasi : Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan
Acara : Makan2 meraikan projek LAN Proxy
Tarikh : 8-Nov-2008



hai..kenapala..tempat2 macam ni selalu sangat ader orang jual mainan..menghabiskan duit mak bapak betulla..mahai plak tu..cis

ps-untuk aree, we all miss u a lot lot lot in makan2 scene..nanti buat lain la utk aree dgn wellson..