Jun 25, 2019

Anniversary di Durdle Door

 Durdle Door Lulworth ni nun di bawah UK..bawah dari London lagi..kira2 5jam perjalanan naik kreta..sempena nak sambut anniversary papa kata..jom kita tanam memori indah sekeluarga :)
Alhamdulillah..syukur atas rahmat Allah yang telah diberikan kepada kami sekeluarga..walau kami tak layak nak dapat sbb kurang sangat amal ibadah yg kami lakukan namun kasih sayang Allah sangat besar.. terima kasih Allah..telah 17 tahun mama dan papa hidup bersama2..segala suka duga telah diharungi bersama..alhamdulillah atas segalanya..doakanlah kami kekal bahagia sampai syurga ye terima kasih..31 Mei

 Eroded by time and nature, Durdle Door is one of Dorset’s most photographed and iconic landmarks.
It is located on the Lulworth Estate in south Dorset and is part of the Jurassic Coast. The coastline is of such international geological importance that it was designated England’s first natural World Heritage Site by UNESCO in 2001 and is now part of a family of natural wonders including America’s Grand Canyon and Australia’s Great Barrier Reef.
-Sumber Google-



 



 sangat2 cantik tempat ni..subhanallah.. lenguh jugak kaki kami mendaki untuk mendapatkan pemandangan yang menarik.. penat skit tapi berbaloi
kami turun kat bawah tapi masa pergi ni masih dalam bulan Ramadhan so agak terhad la kami nak meronda2 nanti dahaga hihihi
 nak mandi laut memang tak la kan..sejuk pastu anjing berenang renang hihi tapi kami puasa kan so tgk2 je la


LULWORTH CASTLE

pastu keesokannya kami pi tgk castle pulak
Lulworth Castle, in East Lulworth, Dorset, England, situated south of Wool, is an early 17th-century mock castle.



PICKWELL FARM, SOUTHAMPTON
lepas tu singgah strawbery farm pulak..kutip strawberi..sini ikut musim..kalau julai musim corn bleh la kita petik corn,kekacang pun boleh kutip sendiri..ada jual pokok bunga,pokok buah buahan,sayur



 


WHERWELL VILLAGE
singgah jugak kampung england ni untuk ambik gambar sebab teruja dengan senibina atap dia yang cantik macam dalam citer hobbit..papa borak2 dengan orang situ, kata depa atap dibuat dari jerami untuk tahan kesejukan dan ada antara rumah2 ni dah lebih dari 100 tahun..





LUXOR RESTAURANT
last kami dinner kat restoran di Oxford berbuka puasa
alhamdulillah , sekian sahaja entry percutian sempena anniversary kami yg ke 17 di dalam bulan ramadhan kali ini..haha macam apa ayat..3hari 2 malam je
alhamdulillah dan didoakan kebahagian untuk semua yang membaca juga amiinnn





Jun 18, 2019

Ramadhan di UK

Pengalaman berpuasa di negara omputeh yang siangnya panjang amatlah mencabar..terutama kepada anak2 mama..tetapi tentunya merupakan satu pengalaman yg amat bermakna buat hidup mereka nanti kan.

beginila jadual solat utk bulan mei..dan hujung2 ramadhan nnt, makin pnjng waktu kami kena berpuasa kat sini..tapi kat sini bagi kanak2 atau ibu mengandung,menyusu dan orang2 tua dibolehkan mengikut waktu berbuka di Mekah..
minggu pertama puasa semua excited mintak mama masak macam2..sahur pun beria makan nasi tapi bila dah minggu last mama hanya larat minum air je..papa n anak2 lain makan kuih atau roti je sebab semuanya mengantuk pastu masih kenyang sebab baru berbuka dah kena bersahur pulak..
berbuka dalam pukul 9.30 malam then lepas isyak dalam pukul 10.30 malam dah..terawih lagi so abih cepat pukul 12 baru boleh tido..itupun kalau terawih kat rumah..kalau di masjid..masjid leeds tu 8rakaat je tapi setiap rakaat surah panjang2..lebih kurang 30 ayat utk 2rakaat sbb papa citer sekali tu dia pergi depa baca surah al mulk utk 2 rakaat solat terawih..tapi kalau masjid yg dekat dgn rumah kat masjid pakistan ni depa solat terawih 20 rakaat tapi pendek2 jela bacaan surah dia..
tapi yg masjid pakistan kat rumah ni depa mazhab apa ntah lambat puasa dari kami..kami start sama msia puasa hari isnin kan tapi depa start selasa..so malam first tu papa n anak2 pi ingat nak terawih la skali depa blum buat lagi sbb start esok huhuhu.tapi masjid leeds puasa start isnin..lain2 plak walau dalam satu UK..
kat sekolah pulak adli tengah final exam GCSE macam SPM so gagah dia berpuasa..anak2 lain pun alhamdulillah walau balik sekolah kena jalan kaki 30minit jugak balik sekolah tu..tapi adik tak digalakkan puasa..sebab sekolah rendah cikgu marah dan boleh dianggap mendera so adik puasa weekend dan kadang2 sekerat hari je huhu..kang tak pasal2 plak mama kena tahan polis.
lagi satu kan,kawan2 sekolah menengah depa walaupun islam tapi ada jugak yg puasa selang sehari ntah la kenapa..tapi mama bagitau anak2 mama..kita kan larat je buat so kita buat je la mcm biasa..boleh je takder masalah kan mula2 je penat skit pastu dah biasa..so depa berjaya abihkan puasa sebulan alhamdulillah.

gambar bawah ni antara menu yang mama dapat belajar buat first time kat sini..bnyk ilmu masak dapat duduk sini huhuhu semua sbb terpaksa kalau tak apa pun tak jadi

 buah melaka

 nasi lemak daun pisang utk jamuan berbuka


 apam balik


 karipap tapi guna instant pastry dough

ayam black paper

May 8, 2019

East Park Hull

cuti sekolah kan 2 minggu..minggu terakhir sebelum abih cuti sekolah , sabtu kami pi jalan2 belah selatan UK pulak. Hajat nak cari pantai tapi tak cantik sangat tempat yg kami pergi ni..maybe ada lagi tempat yang cantik pantainya kami tak servey sangat just jalan2 balik hari je so papa yang suggest kali ni..


kita pergi Hull nama tempat ni, sajer nak tgk apa yg ada..belah barat kami dah pergi kali ni hala ke timur plak..


mula2 nak tengok pantai tapi menara yg jadi landmark tepi pantai tu tgh renovate la pulak pastu tgk si meema macam tak suka je pantai dia meragam sbb maybe dia masih trauma dengan laut huhuhu kejadian jatuh dalam laut masa berkayak masih dalam ingatan dia kot

sini ada mini zoo free je.. ni la yg best kat UK ni banyak tempat2 yg tak perlu bayaran..sediakan duit minyak kereta je..tol pun tak ada kat sini



kebetulan kami lalu tu peacock ni show off plak..mengembangkan dirinya..cantik sungguh la hai subhanallah



 dah petang singgah kat pantai yg sebelah lain pulak tapi malangnya air surut pulak tapi angin sangat sejuk bila berada ditepi pantai ni..sbb angin terus je kan takder halangan..kena air dari laut jadi makin sejuk anginnya

Apr 29, 2019

Cuti Sekolah Term 4 - Hari KeEmpat(Oxford)

Last day on the way nak balik ke Leeds kami singgah ke Oxford pulak. Nak tengok macamana rupanya Universiti yang tertua di UK ni.

peta perjalanan balik dari london ke leeds kami singgah Oxford



 korang tengok je la ye gambar2 sekitar Universiti Oxford ni..bangunan lama sangat2 cantik senibinanya tapi mesti kat sini banyak setan kan hahaha banyak sangat patung2 kepala manusia dan patung apa lagi ntah tugu..tapi bila bayang kan zaman2 dulu camner la tempat ni kan..macam misteri plak








gambar last ni first bangunan depa..masa ni tak ramai lagi student..cantik kan..