Jul 3, 2017

Jun 20, 2017

KISAH DUA ORANG SAHABAT DAN POHON KURMA

Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah. Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, jika hendak dikhabarkan seribu satu kisah cinta, langsung tak tertanding dengan kisah persahabatan mereka. Allah menaungi ukhwah kedua-dua sahabat ini, langsung tak terusik oleh syaitan dan iblis. Mereka berkongsi kisah suka dan duka, tawa dan tangis bersama, susah dan senang, sakit dan sihat bersama, dan segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;

“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan dan segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”

Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”

“Sesungguhnya iblis dan syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ dan takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita. Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.

Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”

Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit dan bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik, dan pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ. Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.

Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”

“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri. Astaghfirullahal azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu. Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.

“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang. Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.

“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini. Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.

Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua. Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.

“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?” Tanya sahabat pertama.

Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.

“Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah dan daging kita tidak halal di sisi Allah.” Sahabat pertama memberi cadangan.

“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita. Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya. Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan dan menghalalkan apa yang telah kita makan. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.

“Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini. Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,” kata sahabat pertama.

Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata, “Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku. Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”

“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja. Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.

“Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.

“Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini. Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!” Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut. Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.

Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama, “Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita? Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah. Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah. Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”

“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku. Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon. Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama.

“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa. Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini. Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini. Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu. Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat. Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,” maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ. Kebencian merajai segenap hatinya….

Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.

“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya. Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat, dan aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku. Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula. Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”

Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu.

*walau apa pun, yang terjadi telah pun terjadi, yakin Allah nak tunjukkan sesuatu atas ujian persahabatan yang terjadi dlm 2thn kebelakangan ini..
terima kasih kerana kalian pernah hadir dalam hidupku dan memberi kenangan yg paling manis..
terlajak perahu boleh undur,terlajak kata..mohon maaf atas segala salah silap

Jun 5, 2017

Ramadhan 1438

Alhamdulillah, kita diberi peluang sekali lagi untuk berjumpa Ramadhan..harini dah hari ke 10 Ramadhan harap boleh sampai habis..Alhamdulillah juga tahun ni masuk je Ramadhan budak2 semua cuti sekolah, dua minggu pulak tu.. syukur sangat2.. bukan apa mudah la skit nak uruskan hal2 sekolah anak2,hal2 sahur dan berbuka kan.. Maklumla rumah kan jauh dari pejabat..kalau hari2 biasa kluar gelap, sampai umah pun gelap. Time Ramadhan ,pejabat boleh balik awal 30minit dari biasa..so syukurr sangat2..
Awal Ramadhan aritu ambik cuti 2hari..balik ipoh taiping..kami kan dua2 belah mak dah tak ada,tinggal abah sorang je..so teman abah sahur dan berbuka je la, insya Allah nanti cuti Nuzul Quran kita balik lagi teman abah ye.
setakat baru 10 hari dah puasa ni kami dah berbuka kat luar 1 hari je.. berbuka kat luar ni kena pilih tempat yang senang nak gi solat dan selesa, tu sbb tak berapa gemar berbuka kat luar ni.. tu si adik tak puasa pun dia.. tak larat nak puasa pastu malas bangun sahur plak tu.. first day puasa dapat la sekerat hari eh sekerat pun tak sampai..kul 11 dah lapar huhuhu
 ni pulak antara menu2 yg kitaorang masak untuk berbuka, sajer mama share dengan korang..blog ni dah macam dairi kami.. bila tengok balik entry lama2 syok la buat kenangan..anak2 pun suka belek gmbr2 lama diaoarng masa kecik
steamboot
sotong portugis
cucur udang kuah kacang - teringat mak mertua dan kawan baik
video
ni nak share video meema huhuhu kelakar.. harap nanti dia besar dia hepi tengok

May 9, 2017

Day 5 - balik dah

arini perjalanan balik je..takder gi mana2 dah..lepak airport je..punya la besor airportnya..kena turun bawah naik train plak nak ke terminal
adik n meema layan skrin besar..depa ingat mcm tengok wayang kot hahahaha
eh ni airport Jeju bukan International Airport Incheon huhu

Apr 21, 2017

Terjebak ke Korea-Day 4 Seoul, Korea

Hari ke 4 kami dah berada di Seoul..pagi2 dah sampai sini pastu lepak kat bilik jap..rehat2 sebab dah penat jalan sana sini..mujur kat Jeju papa drive so senang nak angkut barang terutama makanan. Sepanjang di Jeju kami makan makanan sendiri yang dibawa dari rumah..macam2 ada..satu beg besar khas untuk makanan je..beras bawak,air bawak,roti,biskut,sambal ikan bilis,makanan segera Brahim,megi dan skit2 sweet,asam,coklat...kami bawak periuk nasi kecik hihihi


1. Itaewon 
 
lepas dah rehat..perut lapar kami gi Itaewon naik teksi je..kat Itaewon memang banyak makanan halal yang boleh kita cuba..kami memilih restoran yang bernama Makan Restoran hihihi alhamdulillah tidak mengecewakan.. papa cakap bulgogi Adli sedap..bagi mama pulak ikan mama tu sedappp ditambah dengan sup apa ntah tu..pilihan terbaik utk mama yang tidak suka daging ni.


ni masjid kat belakang tu, area jalan ni memang halal..kat sinila kami beli biskut,seaweed, roti utk bekalan budak2 yang bila sejuk asyikla nak mengunyah



2. Pasar Malam Namdaemun
 


Apr 19, 2017

Terjebak ke Korea-Day 3 Pulau Udo, Jeju

Pagi2 hari kami bertolak konon nak mendaki Seongsan Ilchulbong, tapi bila pikir2 balik jenuh pulak nak mendukung meema dengan cuaca yang agak sejuk tambahan baru lepas hujan licin kot atas tu hihi so takpayah la naik.. ntah larat ntah idak..lagi satu kalau musim bunga cantik la jugak nampak hijau je atas tu..ni nampak coklat je kan..so next time je la..huhuhu ada ke next time nyer tu..haha

ni la kat depan nya sebelah kaunter bayar tiket..memang ramai orang nak naik..kami ambik gambar depan tu je la..tu nampak tak bukit belakang tu..itu la dia nya kawah gunung berapi. Seongsan Ilchulbong, atau Sunrise Peak merupakan struktur berbentuk kon yang terhasil daripada letusan gunung berapi di dasar laut yang cetek ribuan tahun yang lalu (Google lagi)

1. Seongsan Ilchulbong
tengok tu orang beratur nak naik..jauhhh..pejam je la mata mama,lupakan impian nak naik Tapak Warisan Dunia UNESCO tuuu hihihi

 ni gambar dari Google..kalau tengok dari atas camtu la rupanya

 
lepas tu kami pergi pulak ke Pulau Udo kita naik feri dari Seongsan Port Harbour yang terletak tak jauh dari Seongsan Ilchulbong . tima kasih lagi sekali kepada papa sebab dia sorang2 je redah pi beli tiket naik feri..boleh bawak kreta naik feri macam kat pulau pinang tu..kami semua duk je dlm kreta papa beratur pi beli tiket sorang2..muah2..hihihi ye la meema tido huhu alasan

2. Pulau Udo

tu diaaaa tak sia2 kami gi pulau udo ni..cantik giler..MaSyaAllah.. Pulau Udo ni kecik je..boleh drive keliling pulau dalam masa sejam je kalau tak berenti la..tadi naik feri pun 15minit je dari Jeju

kat Pulau Udo ni tiga tempat kami berenti..banyak tempat2 cantik..indahnya ciptaan Allah..anak2 pun teruja tengok sana sini hepi sangat..rugi kalau ke Jeju tapi tak singgah Pulau Udo ni


lagi satu kan..kebetulan kawan mama watsup bagitau baik kak ija beli epal dia sedappp woo pastu kat malaysia mahal epal dia ni..rm70+- 3biji.. mama pun beli la rm10 je sebiji(sebab duit kita dah murah) ya rabbi manis nya sedap ranggup dan macam2 lagi hihihi slalu beli pisang je sbb meema suka dan pisang sini pun sedap..
ni kenapa ni..boleh pulak orang korea ni buka restoran air mangga tapi maskot nya cicak..eeee binatang ketidaksukaan akk kau.. erk!
papa suka motor kecik ni..bleh sewa kat pulau ni sebab tak ramai yg bawak kereta..minat jgk motor ni, ada atap papa rasa nak beli satu,boleh hantar anak pi sekolah hahaha 

 tu apa plak budak2 tu buat tu..itu restoran seafood. Depan kedai tu ada aquarium seafood segar dalam tu.. sotong kurita berenang2..eee.. tiram..kepah..landak.. macam2 lagi tak kenal binatang apa..mama menjauhkan diri..geli nengoknya
 
tu dia gambar adik makan epal dalam kereta..suka sangat dia kome weh..ni permandangan tgh2 pulau Udo masa ni tengah beratur nak masuk dlm feri dah nak balik jeju balik.

3. Manjanggul Lava Tube


 selesai Pulau Udo, kami pergi Manjanggul Cave.. gua lava paling cantik dan paling panjang 7.4 km tapi kami masuk dalam 500 meter je..sesejuk sangat dan meema takut gelap hihihi satu lagi tapak warisan dunia UNESCO

 
cantik kat dalam tapi kami takder camera canggih.. bawah ni gambar sumber google lagi huhuhu
 
abih dah jalan2 jeju gambar berikut adalah kawasan tempat tinggal kami semasa di jeju..suka rumah ni cantik kemas selesa tapi tak tau nak sebut apa nama guesthouse ni..bahasa korea tu
 kat depan rumah ni cantik pemandangannya..kawah Ilchulbong tadi kat area belakang rumah ni je. Ownernya pun peramah bukan main walaupun bercakap macam ayam dengan itik hihihi depan rumah ni ada kedai 7e senang nak beli beras n telur n pisang n jagung hahaha
cuba kome klik besar pada gambar atas tu..nampak kelibat owner tu tgh cakap kat fatin bagi insyarat suh pergi area belah depan tu ada pemandangan cantik katanya..haha sanggup dia jerit dari atas.. 


babai jeju dan udo.. kenangan dan pengalaman terindah alhamdulillah