Jan 7, 2018

HM Bagan Lalang

adik mama Ijat belanja kami makan kat Bagan Lalang, Sepang
alhamdulillah tqtqtq





Jan 1, 2018

Disiniland Agrofarm Batu Kurau

Masa balik tepen aritu, sepupu diaorang bagitau yg semalam depa pi tgk haiwan kat disiniland batu kurau.. kami first time dengar tempat tu..
So sblm balik ipoh anak2 ajak gi tengok tempat tu..jalan nak masuk punyala adventure, sempit sampaikan nk selisih dengan motor pun tak boleh




Tapi bila dah masuk dalam, berbaloi jugak la datang sini..anak2 hepi sebab macam2 aktiviti ada..cuma tidak la macam zoo tu ni ladang ternakan so tiada haiwan yang ganaz hihi











Harga tiket masuk rm6 dewasa rm3 kanak2
Aktiviti lain macam atv,naik kuda,memanah dan memancing yg tu kena bayar lain.

Dec 21, 2017

Jalan-jalan Desaru

dalam banyak2 tempat kat Malaysia ni, belah2 desaru kami masih belum sampai.
so kali ni kami nak merasa tengok pantai desaru ni macam mana..
jauh rupanya ye desaru ni..atas dari kota tinggi lagi..
kami stay kat TunaMaya Beach & Spa Resort









Jalan-jalan Muar

Cuti sekolah hujung tahun berlalu begitu sahaja..tahun ni mama takder plan awal.. sbb opis bz nak siapkan sistem baru,so susah nak cuti lama.. pastu plak abah buat operation katarak mata so abah duduk umah kitaorang.
Tapi hati macam biasa melonjak2 nak berjalan hihi so decide gi dekat2 je pada cuti birthday Sultan Selangor..kami pergi Muar..duk kat homestay namanya Perkampungan Pengantin Muar
ni bilik homestay kami duduk..kena ambik 2bilik sbb kecik je biliknya

ada jugak yang besar..tu kat depan sekali tu boleh syer 4family

Pemandangan kat homestay ni cantik la jugak, dalam kawasan kampung. Yang penting ada sungai dan kolam budak2 ni suka memancing termasuk bapaknya hihi


 
malamnya kami gi makan kat Sabak Awor
dia macam food court makanan laut tempatnya kat muara
ni antara menu kami order..dan yang agak mengejutkan..murah weh




ni pulak menu breakfast..sate warisan muar yang dibakar dengan arang
ni buahan tempatan beli kat Kulai
ni pulak asam pedas madu tiga kat area Kulai

ni pulak mee bandung bus stand tangkak



alhamdulillah jalan2 cari makan..sedap semuanya




Nov 27, 2017

Mama Menari?

Nak diceritakan berkenaan aktiviti terbaru yang mama ceburi..kelab kebudayaan pejabat huhuhu
jangan tak percaya hahaha memula kawan mama yang ajak..sebagai hiburan setelah penat bekerja kononnya stress kan asyik kerja yg sama je dah lebih 10thn.. so sajer2 la masuk then selected plak utk persembahan sempena majlis penutup sukan antara jabatan2 dalam selangor.




gambar utk kenangan ni, video ada tapi malu nak share.. yg kelakar org tak pernah makeup bila makeup dah macam tepuk gomak aka opera cina hahaha
org lain, umur 40 bertaubat ni idak..awk start menari plak dah adei...
dulu2 zaman sekolah memang kaki menari mama ni hihihi sejak tadika sampaila tingkatan 5 tiap2 hujung tahun sure masuk persembahan sekolah punya.. tapi bila dah kerja terus berhenti sebab takder geng kot hahaha..tetiba bila dah 17 tahun kerja ni buat hal balik pulak dah hahaha memain je ni just for fun bukan sepenuh masa, sesekali je buang tebiat

Nov 14, 2017

Hepi Bday Abg Adik

Alhamdulillah.. mohd afif adha dah 7thn


Abg adik ni baik budaknya, kadang2 slalu tak perasan dia.semenjak ada meema ni..sori ye adik.. walau mcmana pun mama papa semua sayang adik.. mama doa adik jadi anak yg soleh..harap dh besar nanti bleh jadi ustaz hihihi amiinn



Oct 22, 2017

Reunion pptm daerah dan xpptm

bertempat di Taman Wetland Putrajaya kami mengadakan bbq makan2 borak2 main2 hahaha kat sini tempat bbq disediakan so takpayah bawak cuma nak ke sini kena naik bot la pulak sbb tempat bbq tu macam private pulau


 diaorang bawak makanan masing2 dan akk dpt pavlova sempena birthday daripada harizah pptm daerah gombak muah muah





semua komen positif dan best dan semestinya semua nak repeat buat lagi majlis cam gini kata deme..semua laki bini sporting plak tu alhamdulillah