Mar 31, 2016

10 jenis makanan perlu elak simpan di peti sejuk


Berikut merupakan 10 jenis makanan yang anda kena elak untuk simpan dalam peti sejuk

1. Ubi Kentang

Ubi kentang akan merasa “gembira” jika anda menyimpan ia di tempat yang kering, dan gelap…. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menukar kanji dalam kentang kepada gula, dan ini akan mengakibatkan satu rasa yang kurang enak pada kentang….
Alamak, mama kadang2 simpan jugak dlm peti ais kentang ni..letak kat bawah tmpt sayur..kdg2 smpi tumbuh akar sbb tak guna hahaha

2. Tomato

Simpan sahaja tomato di luar peti sejuk di tempat yang kering…. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan tomato kehilangan kesegaran dengan lebih cepat…tak pernah langsung simpan kat luar,ingatkan tomato perlu tempat sejuk..smpi lembik jugak la kadang2 sbb buah ni mama je makan..deme tak gemor

3. Madu

Simpan madu di dalam suhu bilik dan jauhkan dari matahari….Menyimpan di dalam peti ais akan menyebabkan madu berbuah bentuk seakan kristal dan mengeras….
Alaaaa..kalau letak luar nnt semut n budak2 curi makan hihihi..madu sidr sedap woo..

4. Tembikai

Menyimpan tembikai di dalam peti sejuk akan mengakibatkan ia kehilangan pengantioksida. Biarkan ia di luar untuk mengelakkan ia kehilangan nutrien yang sepatutnya kita ambil….
Jarang beli kecuali bulan posa..tapi kat umah abah slalu abah letak dlm peti smpi kering airnya huhu

5. Bawang

Ramai yang tersilap bahagian ini.Menyimpan bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan makanan lain di dalam peti sejuk terkena bau dari bawang. Simpan sahaja bawang di dalam almari makanan….
Memang dah letak kat luar,sbb dah lama tau..cewah

6. Roti

Ya, ramai yang lakukan ini. Anda menyimpannya di dalam peti sejuk kerana menyangka ianya dapat menghalang pembentukan kulat. Ya, memang ianya menghalang, tetapi ianya akan menjadi sedikit keras dan kering…. Ya, boleh menyimpannya, tetapi masukkan di dalam bekas khas kontena dan jangan biarkan ia terbuka….Tak pernah buat.

7. Kopi

Ianya akan menyebarkan bau kepada makanan yang berada dalam peti sejuk. Maka, biarkan ia di dalam suhu bilik bagi mengekalkan kesegarannya….Tak minum kopi

8. Bawang putih

Simpan bawang putih di dalam tempat yang gelap, kering an masukkan di dalam beg kertas. Ia akan terus kekal segar. Menyimpan di dalam peti sejuk menggalakkan pertumbuhan kulat pada bawang putih….
Pun letak kat luar..ada tempat khas sebelah bawang merah hihi

9. Sos

Semua sos boleh kekal segar dengan hanya meyimpannya di dalam suhu bilik dalam keadaan kering….ye mama letak dalam tall unit je

10. Tumbuhan herba

Menyimpan tumbuhan herba di dalam peti ais akan menyebabkan ianya hilang kesegaran dengan lebih cepat. Simpan tumbuhan herba dalam bentuk jambangan bunga, dan letakkan dan biarkan separuh dari herba itu di dalam air…. Biarkan sahaja di dalam suhu bilik….
tak pernah buat lagi..

Moga selepas ini, mama tidak lagi membuat kesilapan menyimpan makanan yang tidak sepatutnya di dalam peti sejuk.

No comments: